86065

Keceriaan INNSIDE Hamburg Hafen di Jerman - Suria FM - Segalanya Hiburan

innside-hamburg-mr-big-ideas-space

Jerman semakin lama semakin terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Eropah buat mereka yang mencari percutian di tengah kota yang kaya dengan sejarah.

Biarpun ramai warga Asia yang lebih kenal akan bandaraya seperti Paris dan London, kota yang tidak kurang popular Jerman iaitu Hamburg mengungguli senarai sebagai salah satu kota pilihan pelancong di Eropah.

Hamburg juga merupakan sebuah bandaraya yang tidak kurang hebatnya dari bandaraya-bandaraya Eropah lain. Suasananya yang lebih santai daripada Berlin dan Frankfurt menjadikannya satu destinasi yang sangat disenangi.

innside-hamburg-facade-main

Terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah serta banyak tempat-tempat menarik, Hamburg juga mempunyai banyak hotel-hotel moden berseni reka moden yang sesuai untuk didiami. Salah satu daripada hotel yang masih menjadi pilihan di Hamburg adalah hotel INNSIDE Hamburg Hafen.

Hotel ini merupakan hotel butik moden di bawah jenama Melia yang kaya dengan unsur seni halus moden yang ranggi. Dan kini, hotel ini tampil segar dengan gaya kontemporari moden, sejajar dengan hotel-hotel seangkatannya yang lain.

Ia terletak di kawasan yang agak strategik kerana berada sekitar 10 minit perjalanan dari stesen metro Hamburg-Hammerbrook  dan tidak jauh dari kawasan utama Hamburg seperti jalan Steinstraße serta tempat-tempat menarik lain di tengah kota.

innside-hamburg-merchandising-shop-window

Ini memudahkan para tamu untuk menjelajah seluruh kota Hamburg tanpa banyak masalah pengangkutan. Malah, stesen keretapi utama Hamburg juga tidak terlalu jauh dari hotel ini.

Dengan bilik-bilik yang dihias dengan konsep moden kontemporari, hotel ini menepati keperluan kebanyakan tamu yang menginap di situ. Setiap bilik mempunyai sambungan internet wi-fi secara percuma , serta sebuah TV layar leper LCD.

innside-hamburg-premium-room

Seperti kebanyakan hotel, setiap bilik mendapat sarapan percuma, dan sarapan dihidangkan di WERF Craft & Cocktail. Makanan berasaskan sayuran dan daging juga ditanda dalam menu untuk kemudahan tamu yang hanya memakan sayuran (vegetarian) serta daging tertentu.

innside-hamburg-wert-restaurant

innside-hamburg-tv-lounge

Hotel ini juga turut dilengkapi dengan sebuah ruangan senaman dan sauna untuk kegunaan tamu hotel.

Dengan lokasi yang strategik, perkhidmatan yang baik bertaraf antarabangsa, harga yang sangat berpatutan serta para pekerja hotel yang ramah, Innside Hamburg Hafen memang layak untuk didiami sekiranya berkunjung ke Hamburg.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!