93801

Kedai FINE Japan Pertama Di Malaysia Dirasmikan Dengan Upacara ‘Kagami Wari’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

FINE Jepun telah membuka kedai bata dan mortar pertamanya di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Oleh kerana peningkatan jualan produk sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, syarikat nutraceutical Jepun yang terkenal, FINE Japan, menguatkan lagi jenama mereka di Malaysia dengan kerjasama bersama antara SaSa Malaysia dan Cason Trading, membawakan produk FINE Japan kepada pengguna di Kuala Lumpur.

Yang menariknya, majlis pembukaan kedai tersebut dirasmikan dengan tradisi Jepun iaitu upacara “Kagami Wari”, yang bermaksud “Pembukaan Cermin”.

Kagami adalah simbol keharmonian dimana ia mewakili pembukaan untuk keharmonian dan kekayaan yang baik.

Upacara pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Shinya Fukuda, Pengarah FINE Group Ltd dan Encik Jason Ti,Pengarah Urusan Cason Malaysia.

“Kami sangat teruja dengan pembukaan kedai FINE Japan yang pertama di Malaysia. Kejayaan ini memberikan peluang kepada kami untuk meningkatkan lagi jenama FINE Japan ke tahap yang baru. Bersama SaSa dan Cason, kami akan membawa produk berkualiti tinggi ke Malaysia sekaligus menjadi kedai pertama yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna di seluruh Malaysia,” kata Encik Jason Ti.

Selain daripada mempamerkan 20 produk berkualiti tinggi, FINE Japan juga memperkenalkan aliran produk terbaru yang lebih mantap dari masa ke semasa.

“Kedai ini akan berfungsi sebagai tempat pengguna berinteraksi dengan jenama FINE Japan. Kami berharap dapat memberikan pertolongan tambahan yang buka sahaj membantu pengguna membeli produk malah mendidik diri sendiri mengenai faedah dan penggunaan produk Fine Japan.” tambah Jason.

Untuk meraikan kedai FINE Japan, SaSa Shop-in-Shop pertama di Malaysia, pelanggan yang membeli produk FINE Japan yang berjumlah lebih daripada RM200 akan mendapat hadiah premium yang diimport terus dari Jepun secara eksklusif di kedia FINE Japan di tingkat bawah (Lot G-13 & G-14) di Sunway Velocity Mall.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!