85408

Keenakan Makanan Laut di 4play Publika - Suria FM - Segalanya Hiburan

Makanan laut barangkali merupakan kategori makanan yang paling diminati oleh ramai orang. Apatah lagi ia merupakan alternatif termudah buat mereka yang kurang menggemari daging dan hidangan lain seumpamanya.

Atas dasar itu, semakin banyak restoran yang tampil dengan sajian makanan laut yang enak dan unik. Antaranya adalah restoran 4Play yang terletak di pusat membeli-belah Publika.

Restoran ini menyajikan ajnas hidangan makanan laut dengan aneka interpretasi yang unik namun sangat menyelerakan.

Antara menu yang menjadi kesukaan ramai adalah hidangan tapas berupa sajian-sajian kecil seperti tiram yang dibakar serta dilumur dengan keju dan cendawan untuk menambahkan lagi perisa masakan.

dsc09771

Ini disusuli dengan pilihan sotong atau udang yang digoreng bersalut telur asin. Hidangan yang satu ini memang menjadi permintaan ramai tamu yang pernah berkunjung ke sini kerana cara masakannya yang begitu menarik .

dsc09767

Namun yang menjadi kegemaran kami di Suria merupakan roti Mantou goreng yang dicecah bersama kuah khas yang dimasak dengan ketam atau kepah. Berbeza daripada cara makanan Melayu biasa yang lebih gemar menggunakan nasi, Mantou goreng menjadi alternatif karbohidrat dalam sajian-sajian ini. Mantou yang dicecah dengan kuah atau sos hidangan-hidangan tadi juga semakin sinonim dengan restoran ini.

dsc09775

dsc09776

dsc09778

Selain daripada itu, 4Play juga arif dalam penyediaan aneka jenis pasta seperti spagetti yang dimasak dengan pelbagai sos dan rasa.

dsc09789

Yang pasti sajian di 4Play memang harus dicuba oleh para pencinta makanan laut, khasnya yang mencari sesuatu yang baru serta lebih inovatif daripada biasa!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!