73218

Kegunaan Cuka Epal dan Khasiatnya - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-25-at-5-06-52-pm

Mungkin kita di Malaysia jarang menggunakannya tapi cuka epal merupakan satu ramuan yang bukan sahaja menambahkan selera tetapi juga mempunyai banyak khasiat. Cuka epal telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai manfaat. Diperbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

whatsapp-image-2017-04-25-at-5-06-52-pm-1

Selama lebih 10,000 tahun, masyarakat telah menggunakan cuka dalam pelbagai cara seperti penggunaannya dalam makanan dan perubatan. Walaupun begitu,ia sentiasa mempunyai rasa masam dan bau yang kuat. Cuka dapat membantu merendahkanparas glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.

whatsapp-image-2017-04-25-at-5-06-52-pm-2

Sementara itu, pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.

Jenama tempatan Surya memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya. Dilancarkan di Gita Bayu yang terletak di Seri Kembangan, penghasilan formulasi ini adalah untuk melakukan perubahan kepada perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Mengambil tema #RasaSayangSemanisMadu, majlis pelancaran ini memberi peluang kepada para media mencuba sendiri kelazatan cuka epal dengan madu. Majlis tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran tukang masak terkenal negara Datuk Chef Wan yang berkongsi resipi cuka epal dengan madu istimewa dari jenama Surya yang digabungkan dengan buah-buahan dan jus segar. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Perunding Diet, Nurul Aziah Musa, yang berkongsi maklumat mengenai manfaat cuka epal.

_ric7754

“Terdapat banyak manfaat yang boleh kita dapati melalui cuka epal. Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.Potassium dalam cuka epal dikenali untuk membantu mengimbangi tahap sodium dalam badan dan mengekalkan tekanan darah yang sihat. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa serat seperti pectin boleh meningkatkan rasa kenyang individu selepas mereka makan, yang membantu mempercepatkan rasa kenyang seterusnya mengurangkan keinginan mereka untuk makan terlalu banyak atau boleh dijadikan snek kompulsif, sebagai salah satu kaedah untuk menurunkan berat badan, “kata Nurul Aziah Musa.

Dengan tambahan madu asli tempatan dalam formulasi mereka, jenama yang mementingkan kesihatan ini hadir dengan rasa yang menonjol yang pastinyamembuatkan kita tertanya-tanya mengapa jenama ini tidak munculdengan lebih awal.Dengan keupayaan untuk menambah nilai dan meningkatkan rasa makanan kesihatan yang sedia ada di pasaran, cuka epal dengan madu boleh melakukan lebih daripada sekadar meningkatkan selera anda.

“Bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan akan datang, cuka epal ini boleh ditambah ke dalam air atau jus buah-buahan semasa berbuka puasa untuk membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat kesihatan yang berganda,” kata Nurul.

Cuka epal juga boleh digunakan dalam masakan lain seperti salad dan acar buah-buahan serta banyak lagi makanan lain yang menggunakan cuka.

Cuka epal Surya dengan madu asli bersaiz 450ml boleh didapati di kedai Watsons dan farmasi-farmasi tertentu di seluruh Malaysia dengan harga RM21.09 (termasuk GST).

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!