73355

Keindahan Alam Dan Keunikan Budaya Hanya di The Jayakarta Bali - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

 

 

 

 

 

whatsapp-image-2017-11-08-at-8-02-24-am

Pulau Bali menyimpan keindahan alam dan keunikan budaya yang masih melekat hingga saat ini. Ditambah dengan sambutan penduduk setempat terhadap pelancong ia menjadi teras kepada pulau Bali untuk menjadi tumpuan. Ia turut diterjemahkan melalui senibina penginapan hotel dan pengekalan sejarah serta ukirbina yang hidup sejak beribu tahun lamanya. Lihat sahaja keunikan yang terdapat di The Jayakarta Beach Resort & Spa Bali. Bermula dari ruang lobi, restoran, pakaian petugas sehinggalah bilik,mereka masih mengekalkan ciri-ciri tradisi dan kebudayaan Bali serta kawasan penginapan yang masih menghargai alam semulajadi.

whatsapp-image-2017-11-08-at-8-02-27-am

Hotel yang berada di persisiran pantai, suasana sekitarnya yang mengekalkan alam tumbuhan semula jadi, ukiran kayu dan susunan rekaan tradisonal, muzik latar Bali memberikan ketenangan yang luar biasa kepada setiap pengunjung. Anda juga pasti terkejut apabila bersarapan pagi diiringi pemuzik tradisonal secara langsung. Ia amat mendamaikan. Terdapat enam kategori bilik yang tersedia untuk pelancong; Standard Cottage, Deluxe Room, Executive Suite Room, Junior Suite Room dan One Bedroom Residence yang berjumlah sebanyak 344 bilik.

Sewaktu berada disana, tamu pasti tertarik dengan penyediaan In-House Doktor jika berlaku sebarang bencana atau kesihatan yang tidak mengizinkan. Ia sesuatu yang jarang disediakan oleh sesebuah hotel. Pihak hotel juga ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa bagi memudahkan pengunjung untuk bergerak ke destinasi lain.

whatsapp-image-2017-11-08-at-8-02-17-am

whatsapp-image-2017-11-08-at-8-02-20-am

whatsapp-image-2017-11-08-at-8-02-17-am-1

Setiap pelawat yang hadir pasti mahu memastikan ruang makanan dan restoran mampu menyediakan juadah yang enak dan di hotel ini terdapat rangkaian restoran yang boleh dicuba. Ia terdiri daripada Restoran Tanah Lot, Restoran JS, Restoran Benoa dan Restoran Jombaran yang keseluruhannya mampu mengisi 251 kerusi dalam satu masa. Setiap Rabu hotel menawarkan pakej Makan Malam BBQ bernilai IDR150,000

Buat penginap di hotel ini, terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati antaranya ialah Pusat Kraftangan Kuta, Galeri Visual Positive Negative, Pusat membeli belah Bintang Seminyak, Muzium DMZ, Muzium Trick Art 3D dan Dede Leather Fashion.

whatsapp-image-2017-11-08-at-8-02-21-am

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang meminati aktiviti riadah dan pantai, mereka boleh menelusuri pantai Kuta, Pantai Seminyak, Pantai Legian yang menyediakan Manta Diving, Pulau Nusa, Sekumpul Waterfall, Bali Safari, Kintamani, Gunung Batur dan air terjun Sekumpul.

whatsapp-image-2017-11-08-at-8-02-23-am

Ternyata, The Jayakarta Beach Resort & Spa Bali adalah lokasi serba lengkap untuk pelancong yang mahu dekat dengan alam semulajadi dan menghargai tradisi Bali. Terkini, pihak hotel menyediakan beberapa promosi buat pelancong yang membuat tempahan melalui http://bali.jayakartahotelsresorts.com/ dan klik pada offers.

whatsapp-image-2017-11-08-at-8-02-21-am-1

sumbangan : Afdal Shahizad

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!