73292

Keindahan Gaun Kahwin Miranda Kerr - Suria FM - Segalanya Hiburan

Supermodel terkenal Miranda Kerr baru sahaja menamatkan zaman solonya bersama pengasas aplikasi Snapchat Evan Speigel dalam satu majlis peribadi yang cukup romantik.

Apa yang menjadi bualan ramai terutamanya pencinta fesyen adalah gaun perkahwinan yang disarungkan Miranda di hari bahagianya.

screen-shot-2017-07-27-at-12-50-35-pm

Ramai yang terpegun dengan gaun rekaan Maria Grazia dari rumah fesyen Dior yang dilihat sangat ringkas namun menyerlahkan sifat keanggunan si pemakai persis puteri diraja.

4_dior_miranda-kerr-sophie-carre

Gaun warna putih krim itu direka menggunakan kain satin serta ditambah tampalan bunga lili berteraskan organza di atasnya untuk menyuntik nuansa romantik .

8_dior_miranda-kerr-sophie-carre

Menurut Maria, Miranda mahukan sesuatu yang ringkas dan penuh beremosi. Lantas gaun perkahwinan ikonik Grace Kelly menjadi inspirasi utama dalam penghasilan gaun tersebut.

screen-shot-2017-07-27-at-12-52-16-pmscreen-shot-2017-07-27-at-12-52-26-pmscreen-shot-2017-07-27-at-12-53-08-pmIbarat puteri raja, Miranda kelihatan jelita tatkala melangkah dalam gaun indah idamannya.

73da8164b3096bfc2120776490113843

Gaun Miranda adalah panduan terbaik baik bagi bakal pengantin yang inginkan sesuatu yang tampak ringkas dan mewah tanpa perlu mededahkan sebagian besar tubuh badan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!