Jika bercakap tentang pantai dan pulau, Korea Selatan mungkin tidak terlintas di fikiran tapi sebenarnya negara tersebut ada permata tersembunyi, iaitu Pulau Jeju. Ia memang terkenal sebagai lokasi popular untuk penggambaran drama serta filem K-Pop.

 

Dan sekiranya tercari-cari tempat untuk menginap di situ, pastikan Hyatt Regency Jeju menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak di tepi pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Terletak di kawasan yang sangat eksklusif iaitu daerah pelancongan Jungmun, kedudukan hotel ini juga sangat strategik kerana berada tidak jauh dari beberapa pusat pelancongan dan muzium terkenal Jeju seperti muzium Teddy Bear, K Pop dan banyak lagi.

Dilengkapi dengan 222 aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap lautan Pasifik atau Gunung Hallasan para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Terdapat juga pilihan bilik berkonsep Korea Ondol yang menggabungkan unsur tradisional Korea dan kemodenan barat. Para tamu juga boleh berjalan-jalan di taman hotel ini yang sangat indah dan menenangkan.

Jika tidak anda boleh juga berenang di kolam renang jika cuaca tidak sejuk sambil menikati minuman di luar.

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di Terrace Cafe yang menghidangkan pelbagai menu tempatan Korea dan antarabangsa yang menarik. Terdapat banyak pilihan sajian berasaskan makanan laut serta sayuran sebagai pilihan.

Tersedia juga beberapa dewan dan ruangan khas buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis besar yang lain. Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai Hyatt Regency Jeju juga menawarkan pelbagai aktiviti di  Camp Hyatt untuk anak-anak seperti pembuatan patung kertas ‘dak’, menaiki kuda dan jelajah menaiki kapal layar.

Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!