88307

Kemewahan Terjangkau di Ramada Plaza Melaka - Suria FM - Segalanya Hiburan

Melaka semakin lama semakin mendapat tempat di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Sejajar dengan posisinya sebagai bandaraya bersejarah, tempat-tempat penginapan bertaraf antarabangsa dengan ciri-ciri unik masing-masing mula tumbuh bagai cendawan. Banyak hotel baru berkonsep kolonial mula wujud demi menarik perhatian pengunjung.

Walau bagaimanapun terdapat hotel bertaraf lima bintang yang sudah agak lama terbina dan masih menjadi pilihan ramai di kota tersebut. Tersergam berdekatan tarikan pelancong utama Melaka, Hotel Ramada Plaza Melaka sebenarnya sudah lama menyertai senarai tempat-tempat penginapan terbaik di situ. Bangunan yang gah dan cantik itu dilengkapi dengan pelbagai bilik yang mempunyai hiasan dalaman kontemporari terindah dan menenangkan mata. Dengan jumlah bilik yang banyak, penginapan di hotel ini menjadi lebih mudah untuk dilanggani. Kaya dengan nuansa moden, ia bersesuaian dengan gaya hidup masa kini di bandar Melaka yang mempunyai banyak pengunjung dari Eropah dan Asia.

Ramada Plaza Melaka mempunyai lokasi yang sangat strategik dan tidak terlalu jauh dari semua daya tarikan bandar bersejarah ini. Antaranya termasuklah tapak-tapak bersejarah seperti Tugu A Famosa, muzium, ajnas restoran dan jalan paling terkenal di Melaka, Jonker Walk.

Seumpama kebanyakan hotel, ia juga dilengkapi dengan keperluan lain buat para tamu yang berkunjung seperti pusat perniagaan, bilik mesyuarat khas dan sudah tentu dewan besar untuk penganjuran majlis serta acara.

Buat memuaskan selera pula, singgahlah di Zest untuk hidangan enak sepanjang hari ataupun Long Feng untuk sajian asli Szechuan dan Kantonis. Untuk menikmati makanan Itali cubalah Olio dan untuk merasa makanan di luar bangunan cuba Melaka Garden. Jika ingin menikmati muzik sambil bersantai singgahlah ke Famosa Lounge.

Tersedia juga kolam renang yang dilengkapi dengan kolam renang khas buat kanak-kanak. Tidak dilupakan sebuah pusat gimnasium untuk bersenam.

Kesimpulannya, Hotel Ramada Plaza Melaka ini lengkap dengan segala-galanya. Tidak kiralah tujuan anda berkunjung untuk bercuti ataupun bekerja, yang pasti hotel ini menepati citarasa semua yang datang menikmati keindahan peninggalan sejarah bandar Melaka!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!