85761

Kemilau Kemewahan Shangri-La Singapura - Suria FM - Segalanya Hiburan

tower-wing-reception-wide-angle

Dari dulu Singapura memang sering menjadi tumpuan para pelancong asing khasnya rakyat Malaysia. Ini kerana bandaraya popular ini memang terkenal dengan pelbagai tempat menakjubkan serta kawasan membeli-belah menarik.

Jarak Singapura dan KL yang hanya memakan masa sekitar 45 minit dengan menaiki kapal terbang memudahkan lagi perjalanan para pengunjung dari Malaysia. Lantas, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat.

the-lobby-lounge-panorama-night-shot-lighten

Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa hotel berjenama antarabangsa di Singapura yang telah lama bertahan dengan konsepnya yang tersendiri. Dan di manakah tempat yang paling sesuai untuk bermalam di bandaraya itu kalau bukan di Hotel Shangri-La Singapura.
Bak namanya yang unik, hotel bertaraf lima bintang ini menawarkan gaya hidup eksklusif buat setiap para pengunjungnya. Ia tersergam indah di tengah-tengah kawasan perumahan yang juga tidak jauh dari pusat bandaraya dan sangat berhampiran dengan stesen MRT Orchard.

Dengan lokasi strategiknya yang tidak jauh dari stesen MRT, ini memudahkan perjalanan ke pusat membeli-belah dan aneka restoran. Kedudukan hotel ini turut menepati citarasa ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

Hotel yang mempunyai dua bangunan utama ini menawarkan penginapan di beberapa sayap bangunannya yang menyediakan 792 buah bilik dan suite hebat yang menakjubkan. Kesemua bilik-bilik ini menampilkan suasana yang indah serta selesa buat para pengunjung.

grand-premier-room-living-area

Selain itu hotel ini juga ada kemudahan lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, untuk menampung acara-acara tertentu. Tidak lupa juga, terdapat bilik-bilik khas bagi mereka yang menginap di bilik-bilik Horizon Club Executive dan Premier. Buat yang bermalam di bilik-bilik ini, mereka diberi keutamaan untuk mendaftar masuk di Club floor atau di bilik masing-masing tanpa perlu mendaftar di meja penyambut tetamu yang biasa.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bersarapan, makan tengah hari serta menikmati makan malam di Horizon Club Lounge yang lebih eksklusif dan peribadi. Selain itu juga mereka diberi peluang untuk menikmati minum petang di lounge tersebut. Ia turut dilengkapi dengan pusat kesihatan serta spa, dan sudah tentunya sebuah kolam renang yang hebat! Hotel ini dikatakan memenuhi setiap kehendak penghuninya.

horizon-club-lounge-1

Hotel ini turut menyajikan hidangan terbaik di restoran-restoran terkemuka mereka yang terkenal di sekitar Singapura. Ini termasuklah The Line, sebuah restoran keluarga yang beroperasi sepanjang hari bagi memenuhi keperluan selera pengunjung, restoran Jepun Nami, sebuah restoran Cina iaitu Shang Palace, serta sebuah restoran Itali Waterfall Ristorante dan beberapa lagi.

the-lobby-lounge-bar-with-feature-wall

Buat yang suka berhibur dan bersantai pula, Shangri-La Singapura juga menampilkan Lobby Lounge. Tempat ini sering mewarnai malam pengunjungnya yang ingin bersantai sambil menikmati minuman. Ia juga menampilkan menu sajian enak dari barat yang bersesuaian dengan konsep seni reka dalamannya yang lebih menjurus kepada konsep tempat makan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Jadi buat anda yang ingin merasakan sedikit kemewahan, ini mungkin masanya. Dengan kemudahan penerbangan tambang rendah dari Kuala Lumpur serta kemudahan pengangkutan awam seperti MRT tidak terlalu jauh dari hotel dan pusat membeli-belah di setiap penjuru sebaik sahaja anda melangkah keluar, Shangri-La Singapura pasti pilihan yang bijaksana andai ke sana.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!