85332

Kenali Warna Solekan Yang Betul Mengikut Warna Kulit Anda - Suria FM - Segalanya Hiburan

Warna kulit adalah faktor penting yang mempengaruhi pemilihan warna dan jenis kosmetik yang kamu perlukan. Berikut adalah panduan pemilihan warna kosmetik yang paling sesuai untuk warna kulit anda:

Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Cerah

  • Penggunaan warna terang untuk kelihatan moden dan ceria.
  • Penggunaan warna pastel untuk kelihatan lembut, manis dan segar.
  • Penggunaan warna gelap untuk kelihatan elegan. Warna ini sesuai untuk digunakan untuk solekan wajah pada waktu malam.
  • Penggunaan warna pink dan hijau memberikan kesan klasik.

Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Kuning Langsat

  • Elak menggunakan warna pastel kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihatan kotor atau comot. Kombinasi warna pastel dan warna kuning adalah padanan warna yang tidak serasi.
  • Elak menggunakan warna terang kerana jenis warna ini akan memberi kesan terlalu kontra pada wajah. Kamu mungkin akan kelihatan seperti badut!
  • Pilihlah warna hijau tua, ungu, biru, pink dan seumpamanya untuk kelihatan menarik untuk solekan pada siang hari.
  • Pilihlah warna gelap yang mewah untuk kelihatan elegan pada waktu malam.
  • Pilihlah warna emas atau copper untuk kelihatan eksotik.

Pemilihan Warna Solekan Untuk Kulit Sawo Matang

  • Elak menggunakan warna pastel terutama yang berjenis ‘matte’ kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihat kotor atau comot. 
  • Pilihlah warna-warna yang mengandungi pengilat (shimmer) untuk kesan berkilau dan kelihatan eksotik.
  • Pilihlah warna gelap dengan kesan shimmer pada waktu malam untuk kelihatan hebat.

Pesanan : Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memilih warna solekan ye. Jangan pula nanti kulit jadi kelabu!

Sumber : rahsia-kecantikan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!