85346

Kenapa Perlu Pakai Penyegar Selepas Cuci Muka? No 3 Mesti Ramai Yang Alami! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Masih ramai lagi individu tidak kira lelaki mahupun perempuan sebenarnya tidak tahu rutin penjagaan wajah yang lengkap seperti membersih, menyegar dan melembab.

Tahu tak apa padahnya apabila anda tidak menggunakan toner selepas membersih muka? Haa get ready dengan situasi  dimana kulit muka anda akan mengeluarkan lebih minyak dan tersumbat.

Jom kita lihat antara kebaikan jika anda mengamalkan memakai penyegar selepas membersih muka.

  • Mengimbangi pH kulit 

Kulit kita sememangnya semulajadi berasid, kulit yang normal mempunyai keseimbangan pH diantara 5 dan 6. Selepas mencuci muka, sifat alkali dari produk pencuci boleh menganggu keseimbangan pH dan menyebabkan kulit berminyak. Penyegar dapat membantu mengembalikan semula keseimbangan pH dengan cepat.

  • Mengecilkan pori-pori muka 

Penyegar merupakan cara paling mudah dan efektif mengecilkan pori-pori. Apa yang perlu lakukan ialah hanya letakkan beberapa titis penyegar di kapas muka kemudian sapukan diseluruh muka. 

  • Merawat kulit yang bermasalah

Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang tanpa henti, cuba masukkan rutin menyegar muka dengan toner bagi menyingkir minyak, kotoran dan bakteria penyebab kulit bermasalah. Jika toner mampu mengecilkan pori-pori ianya juga secara tidak langsung menutup peluang untuk tidak timbul jerawat lagi.

  • Menambah lapisan perlindungan dan kelembapan

Ia mampu membuang bahan klorin dan mineral dari air paip semasa mencuci muka. Jika anda sering mengembara menggunakan kapal terbang, kulit mudah menjadi kering bila berada didalam penerbangan. Sediakan satu botol kecil penyegar dan kapas muka untuk mengembalikan kelembapan muka, tak perlu guna air. Toner pun dah cukup!

  • Membersih saki-baki solekan yang tertinggal 

Walaupun sudah menanggalkan solekan dengan makeup remover dan pencuci muka, masih ada lagi saki baki kecil bekas solekan yang tertinggal di sebalik liang pori-pori. Jadi untuk pastikan kulit anda benar-benar bersih, toner adalah langkah tambahan yang menjanjikan kulit bersih dari terjadi kulit mati. 

Jadi, diharapkan selepas ini janganlah malas-malas untuk menjaga kebersihan kulit muka ya! Kata nak cantik, kenalah rajin.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Wanista

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!