
/wp-content/uploads/2015/09/messaging.jpg)
Satu hari suntuk tunggu mesej di Wechat, WhatsApp dan segala mak nenek punya sosial media tetapi masih tidak ada sebarang khabar. Kenapa agaknya? Jeng jeng jeng……! Sebelum anda nak start fikir hal-hal yang negatif tu, apa kata anda baca dulu antara sebab-sebab hal macam tu terjadi. Jangan asyik nak fikir negatif je!
- Si dia sibuk
Salah satu sebab yang paling jelas dia tidak menghantar mesej kepada anda adalah kerana dia sedang sibuk dengan kerja. Walaupun anda orang yang paling penting dalam hidupnya, dia juga mempunyai keutamaan lain. Jangan anggap dia tiba-tiba membenci anda hanya kerana tidak mesej. Siapa tahu dia mungkin sedang sibuk membuat tempahan untuk makan malam ulang tahun anda. Haaa tu pehal nak senyum-senyum tu? Hihi.
- Bila si dia tidak tahu mahu mesej apa
Ada setengah individu tak kira la perempuan atau lelaki, mereka selalunya tidak mesej kerana tak tahu apa yang nak dikatakan. Kang kalau mesej juga kang takut terhenti sekerat jalan. Haaa nanti mula la bergaduh! Ada yang jenis sanggup tunggu tengah malam bila kerja selesai dan baru memulakan conversation. Yang mana satu pilihan kalbu? Hihi.
- Si dia baca mesej anda tetapi lupa mahu membalasnya
Anda dengar bunyi mesej masuk, anda baca tetapi biarkan sahaja. Sampailah anda terlupa mahu membalasnya. Bila anda fikirkannya, anda rasa sudah membalas mesej tersebut padahal anda lupa. Pernah tak buat macam ni dekat pasangan anda?
- Bila si dia rasakan mesej itu tidak penting
Ini mimpi ngeri setiap individu yang menjadi mangsa! Anda mesej insan tersayang tetapi dia diam tanpa sebarang khabar malah yang teruk dia beranggapan mesej itu tidak penting. Jaga-jaga cik salmah!
- Bila si dia tidak pasti dengan perasaannya
Mungkin si dia tidak tahu apa yang dirasanya. Cinta pandang pertama tidak semestinya berlaku. Mungkin si dia perlukan masa untuk berfikir tentang apa yang dirasanya terhadap anda. Dia perlu waktu untuk fikir agar tidak kecewakan anda kemudian hari. Gitchew!
- Dia membaca mesej anda tetapi tidak boleh membalasnya
Fikir positif mungkin dia sedang mesyuarat dengan klien penting atau mungkin dalam kelas.
- Mungkin telefon bimbit dalam silent mode
Mungkin si dia tertinggal telefon dalam kereta atau sedang dalam silent mode bila sibuk bekerja. Perkara ini berlaku, ada setengah orang meletakkan silent mode ketika sedang bekerja kerana tidak mahu diganggu. Mungkin pasangan anda salah seorang daripadanya.
Sumber : wanista | Foto Kredit : pergghhhhhtiptoplah