85785

Kentang Untuk Bekalan Tenaga Pantas ! - Suria FM - Segalanya Hiburan

chicken-tom-yam-u-s-hsh-brown

Kentang Amerika Syarikat (A.S.) selama ini diyakini rakyat Malaysia sebagai diet dan sajian makanan yang berkhasiat untuk seisi keluarga. Ia juga telah menembusi banyak sektor perkhidmatan makanan – membolehkan ciptaan pelbagai menu menggunakan Kentang A.S.

Dalam sesi pembentangan kepada media, Potatoes USA memperlihatkan khasiat kebaikan kentang A.S. dalam satu acara bertema “POWER UP WITH US POTATOES” di Pusat Konvensyen Sime Darby  untuk memaparkan pentingnya kentang dalam diet atlet. Kentang sama dengan Prestasi. Kentang membekalkan karbohidrat, kalium & tenaga yang anda perlukan untuk memberikan prestasi terbaik.

Menurut sebuah jurnal AS, Nutrition Today, diet seimbang mengandungi makanan yang kaya dengan karbohidrat semula jadi dan berkualiti seperti kentang yang padat dengan nutrien untuk menambah baik pencapaian fizikal atlet yang memerlukan daya ketahanan tinggi. Banyak kajian yang dijalankan sepanjang 40-50 tahun yang lepas menunjukkan bahawa karbohidrat ialah mikronutrien utama untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi atlet.

Kentang mengandungi 620 miligram kalium. Dengan lebih banyak kandungan kalium daripada sebiji pisang saiz sederhana, kentang boleh membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf semasa acara sukan yang memerlukan daya ketahanan lebih tinggi.

chef-naem-with-u-s-potatoes-dishes

Di peringkat global, kentang semakin diterima sebagai makanan prestasi. Semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan, Menu Olimpik yang baru dikeluarkan mengakui bahawa pemakanan kini merupakan sebahagian pentin’g daripada strategi atlet untuk menang. Dapur perkampungan atlet PyeongChang 2018 dilaporkan mempunyai 180 chef yang menyediakan 7,000 sajian makanan sehari dan kentang merupakan makanan ruji utama.

Dalam arena sukan antarabangsa, terutama sekali di AS, kentang telah digunakan sebagai makanan bertenaga tinggi untuk membantu atlet menambah tenaga yang diperlukan bagi acara-acara tahan lasak.

Kini, Potatoes USA sedia berkongsi maklumat penting tentang kelebihan kentang sebagai pembekal tenaga dengan rakyat Malaysia. Jurulatih sukan/kecergasan popular Noel Chelliah dari DailyMuscle Lighthouse & pemenang pingat emas triatlon Kimberly Yap telah diundang untuk mengetuai pertunjukan khasiat pemakanan kentang dengan penekanan kepada ciri-ciri dan nutrien penting untuk menambah baik prestasi atlet.

Mereka menerangkan bagaimana kentang baik untuk makanan harian yang berkhasiat, pengurusan berat badan dan sukan. Kentang juga digunakan sumber tenaga untuk memperkasakan mereka yang menjaga kecergasan dan jaguh-jaguh sukan.

Noel Chelliah – Pakar Kecergasan / Jurulatih Kesihatan Bertauliah yang terkenal berkata dalam soal penjagaan pemakanan, seseorang perlu mengira sukatan pengambilan makanan harian dan jumlah karbohidrat/protein/lemak yang sewajarnya. Kentang menepati keperluan ini dan merupakan makanan berkhasiat dan seimbang.

Kimberly Yap, Jurulatih Kecergasan dan pemenang pingat emas triatlon di dua temasya Sukan SEA, menerangkan bagaimana Kentang AS boleh memperkasakan badan untuk persaingan sengit dalam sukan tahan lasak. Beliau menjelaskan tentang keperluan nutrien/tenaga untuk perlumbaan seperti triatlon, membincangkan ‘kuasa’ kentang dan bagaimana makanan bertenaga tinggi seperti kentang mempengaruhi prestasi sukan kompetitif.

Kedua-duanya mengetuai sekumpulan tokoh kecergasan & sukan yang berpengaruh dalam media sosial Malaysia dalam sesi senaman yang menumpukan kepada tahap kecergasan tinggi dan memperkenalkan resipi/minuman berasaskan kentang yang boleh meningkatkan kecergasan atlet sebelum bersenam dan menambah lagi tenaga selepas bersenam.

chef-naem-making-the-potato-recipes-to-fuel-your-day

Dalam pada itu, Chef selebriti Muhammmad Naim Ramli, lebih dikenali sebagai Chef Naem, memperlihatkan 3 resipi untuk atlet, menggunakan Kentang AS sebagai bahan utama. Sajian-sajiannya adalah Smoothie Nangka dan Kentang, Hash Brown Tomyam dan Kentang On-The Go.

u-s-potato-jackfruit-smoothie

u-s-potato-on-the-go

Memandangkan bulan puasa pun semakin dekat, mungkin anda boleh jadikan kentang sebagai menu untuk bersahur atau berbuka nanti!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!