85569

Ketenangan di The Jayakarta Suites Komodo-Flores - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pulau Flores menyimpan keindahan alam dan keunikan budaya yang masih melekat hingga saat ini. Ditambah dengan sambutan penduduk setempat terhadap pelancongan untuk ke Pulau Komodo dan sekitarnya, ia menjadi teras kepada pulau itu untuk menjadi tumpuan.

Semakin ramai pelancong yang sudah mula ke sana dan piliha penginapan juga semakin bertambah. Salah satu hotel yang terdapat di situ adalah The Jayakarta Suites Komodo-Flores. Bermula dari ruang lobi, restoran, pakaian petugas sehinggalah bilik,mereka masih mengekalkan sedikit ciri-ciri tradisi dan kebudayaan tempatan serta kawasan penginapan yang masih menghargai alam semulajadi.

20180305_094954

20180305_090441

Hotel yang berada di persisiran pantai, suasana sekitarnya yang mengekalkan alam tumbuhan semula jadi, ukiran kayu dan susunan rekaan tradisonal, memberikan ketenangan yang luar biasa kepada setiap pengunjung. Terdapat 71 buah bilik di sini yang sangat selesa.

the-jayakarta-flores-42

Pihak hotel juga ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi memudahkan pengunjung untuk bergerak ke destinasi lain termasuk penghantaran dari dan ke lapangan terbang Komodo di Labuan Bajo.

Setiap pelawat yang hadir pasti mahu memastikan ruang makanan dan restoran mampu menyediakan juadah yang enak dan di hotel ini terdapat restoran yang menyediakan juadah yang enak terdiri daripada menu tempatan dan juga antarabangsa.

20180305_094904

20180305_095621

Malah di kawasan kolam renang hotel ini juga terdapat sebuah lapangan catur gergasi yang boleh dimainkan oleh para tamu yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

20180305_095450

20180305_095048

Buat penginap di hotel ini, terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati antaranya ialah lawatan ke luar seperti ke Pulau Padar, Pulau Komodo, dan beberapa kawasan di sekitar kota utamanya iaitu Labuan Bajo.

20180303_084607

20180303_111800

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang meminati bersantai di pantai, mereka boleh menelusuri kawasan pantai peribadi milik hotel yang menenangkan. Pantai mereka juga mempunyai sebuah buaian khas untuk duduk bersantai menikmati detik matahari terbenam.

20180305_100532

20180305_100617

Ternyata, The Jayakarta Suites Komodo-Flores merupakan lokasi serba lengkap untuk pelancong yang mahu dekat dengan alam semulajadi dan menghargai tradisi kepulauan Flores dan sekitarnya.

*Laporan ini telah dijayakan dengan bantuan Garuda Indonesia yang telah membantu dengan penerbangan ke Labuan Bajo

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!