85422

Ketenangan Indah di Villa Domanik, Labuan Bajo, Indonesia - Suria FM - Segalanya Hiburan

20180304_073020

Terletak di kawasan perkampungan yang tidak berapa jauh dari pusat kota Labuan Bajo, tersembunyi sebuah tempat yang sesuai buat menenangkan fikiran. Berlokasi di atas bukit dengan pemandangan kota dan lautan yang menakjubkan, Villa Domanik nampaknya bakal tersenarai sebagai salah satu penginapan berkonsep villa dan banglo yang paling popular dan eksklusif di kawasan ini.

20180302_144537

Dengan kedudukannya di bahagian yang lebih peribadi tetapi masih tidak jauh dari kesibukan dan pantai-pantai di daerah Labuan Bajo, ia menepati ajnas citarasa para pengunjung.

20180304_073016

Villa ini sangat eksklusif kerana hanya terdapat empat villa di sini dan salah satu mempunyai dua bilik. Dilengkapi juga dengan kolam renang yang terletak di tebing kawasan ruang tamu, Villa Domanik memenuhi kehendak setiap pengunjungnya yang ingin berehat di kawasan yang terpencil sambil menikmati kemewahan hidup yang lain. Banglo dan villanya yang berkonsepkan rumah kayu tradisional yang dilengkapi dengan keperluan asas.

20180304_081855

Kawasan ruang tamu juga merupakan tempat khas untuk menikmati sarapan dan permintaan sajian tertentu.

Dengan kawasan yang diasingkan dan agak ‘tersembunyi’ dari dunia luar yang lebih bising serta sibuk dengan hingar-bingar kota, ia juga sesuai buat mereka yang ingin meraikan acara-acara peribadi bersama keluarga atau rakan-rakan. Ini termasuklah pasangan yang ingin berbulan madu.

20180304_073322

20180304_073307

Selain daripada penyediaan sarapan, di ruang tamu mereka, tamu juga boleh menikmati minuman sepanjang hari yang disediakan untuk para penghuni. Apatah lagi dengan suasana indah yang lebih peribadi dan tersendiri khas buat tamu, ia menjadikan villa ini paling tepat buat mereka yang berkeluarga ataupun yang ingin berdua.

20180304_081900

Satu lagi kelebihan villa ini adalah penyediaan cadangan pakej-pakej pelancongan dan penjelajahan sekitar Labuan Bajo dengan kerjasama syarikat penjelajahan tempatan yang diuruskan oleh pihak pengurusan villa. Para tamu hanya perlu memberitahu pihak pengurusan apa yang ingin dilakukan sepanjang berada di Labuan Bajo dan mereka pasti akan memberikan pakej serta cadangan terbaik. Mereka juga menyediakan pengangkutan peribadi untuk menghantar tamu pergi ke dan pulang dari pusat kota.

20180302_151629

Oleh kerana kawasan Labuan Bajo sebuah kawasan yang dekat dengan lautan, para pengunjung tidak perlu risau tentang mencari makanan laut yang halal dan enak kerana terdapat banyak restoran tempatan yang halal di situ. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini selain menghabiskan waktu di kolam renang villa.

20180302_170611

20180302_180730

Jadi jika anda ingin pergi merehatkan minda serta bercuti dan tidak mahu pergi terlalu jauh dari Malaysia, singgahlah ke Labuan Bajo dan bermalamlah di Villa Domanik. Perjalanannya sebentar sahaja iaitu hanya sekitar 20 minit dari lapangan terbang Komodo dan anda tidak perlu bersusah-payah meredahi kesesakan lalu-lintas yang menggusarkan kerana tidak banyak kereta di jalanan.

 

*Perjalanan penulis ke Labuan Bajo telah dibantu oleh penerbangan Garuda Indonesia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!