73259

Keunikan Hotel Kapsul 9h ninehours Narita di Jepun - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

_b5a0458

Fenomena hotel kapsul di Jepun merupakan sesuatu yang telah lama ada di negara matahari terbit tersebut. Malah ia juga telah menjadi sebahagian dari gaya hidup warga Jepun yang sentiasa sibuk dengan tuntutan pekerjaan.

Namun konsep hotel kapsul ini juga sudah mula diangkat oleh banyak negara lain untuk kemudahan pelancong yang ingin berehat buat jangkamasa yang singkat. Bagi yang teringin merasai pengalaman tersebut kala berada di Jepun bolehlah singgah dan cuba bermalam di ninehours Narita di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo.

 

_b5a9625_2

Sangat sesuai buat mereka yang melakukan persinggahan transit, hotel ini amat praktikal dan menawarkan kemudahan yang mencukupi untuk para tamunya. Melalui perkhidmatan yang dipanggil ‘STAY’, para pelanggan bolehlah bermalam seperti di hotel-hotel biasa pada harga kurang dari 4900 Yen (sekitar RM189 ). Ini bermakna para tamu boleh mendaftar-masuk dan meninggalkan bagasi dan pergi bersiar-siar di sekitar Tokyo. Waktu daftar-masuk adalah 12 tengah hari dan waktu daftar-keluar pula adalah jam 10 pagi.

Jika tidak, tamu boleh juga memilih perkhidmatan ‘NAP’ yang ditawarkan dari jam sembilan pagi hingga enam petang. Perkhidmatan ini membolehkan tamu tidur sebentar dan menggunakan bilik mandi untuk mandi dan membersihkan diri. Ini sangat sesuai bagi mereka yang mengembara dalam keadaan transit dan ingin berehat seketika.

 

_b5a9505_2

ninehours yang mula dibuka pada Disember 2009 juga menawarkan perkhidmatan ‘SHOWER’ atau ‘mandi’ pada harga 1,000 yen sahaja. Kemudahan 24 jam ini juga praktikal untuk mereka yang ingin menyegarkan diri sebelum pergi bersiar-siar. Ia termasuk dengan tuala, syampu dan juga sabun badan.

Bagi tamu yang mendaftar masuk, mereka akan menerima sebuah beg yang mengandungi baju tidur, tuala dan juga selipar pakai-buang selain sebuah kunci loker. Ia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian lelaki dan bahagian perempuan. Sebaik sahaja memasuki kawasan istirehat, tamu harus menanggalkan kasut dan memakai selipar yang disediakan. Ini adalah untuk menjamin kebersihan persekitaran. Sebaik sahaja selesai mandi dan masuk ke kapsul tidur, para tamu diminta untuk tidak membuat bising demi menghormati tamu lain yang ingin berehat dan tidur.

9hours_narita_47

‘Bilik’ atau kapsul tidur para tamu merupakan ruangan pod-pod kecil yang disusun bertingkat dengan teratur. Ruangannya juga cukup untuk duduk dengan selesa dan dilengkapi suis lampu serta bunyian khas untuk mendodoi tamu supaya tertidur. Tersedia juga soket khas untuk mengecas telefon dan sambungan wifi dalam setiap unit. Ada juga tirai kecil yang berfungsi sebagai tabir untuk menutup kapsul sepenuhnya.

_b5a9207

Selain selesa, para pekerja hotel ini juga sangat ramah dan sentiasa mahu membantu, sesuai dengan budaya Jepun yang memartabatkan kesopanan dan kesusilaan. Jadi kalau ingin mencuba pengalaman penginapan yang unik, singgahlah di ninehours Narita di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo.

Untuk lebih banyak ulasan hotel dan tempat percutian menarik, klik di sini

sumber : Ranjinder Hans

gambar oleh : Nacasa & Partners

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!