73224

Khasiat Buah Durian Yang Ramai Tidak Tahu - Suria FM - Segalanya Hiburan

durian

Musim durian telah kembali melanda seluruh Malaysia. Semestinya saat ini dinanti-nantikan peminat Raja Buah ini.

Kalau dah melepak kat kedai durian tu, mesti la berbiji-biji durian yang kita makan kan?

Namun tahukah anda, buah yang menjadi kegilaan ramai ni mempunyai banyak khasiatnya untuk kesihatan?

Buah durian mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Protein, Serat, Karbohidrat, Kalium, dan Fosforus.

Ini Adalah Antara Manfaat Buah Durian

Mengubati Insomnia

Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian. Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.

Menguatkan Tulang Dan Gigi

Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.

Mengawal Keseimbangan Gula Dalam Darah

Buah Durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.

Merawat Tekanan

Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.

Merawat Anemia

Kandungan folat, dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh (Anemia). Bagi anda penghidap anemia, anda dapat mengambil durian sebagai ubat semula jadi Anemia

Mencerahkan Kulit

Kulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah Durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi Vitamin C yang mampu mencerahkan kulit.

Mencegah dan Menghilangkan Jerawat

Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.

Memudarkan Bintik Hitam

Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan rawatan menggunakan buah durian. Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.

Wow nampaknya buah durian bukan sahaja enak dimakan, tetapi juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kita manfaatkan bersama. Tapi hati-hati ketika sendawa ya!

Sumber : www.manfaatbuahan.com

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!