73287

Kies Villas: Penginapan Ideal di Kuta, Lombok! - Suria FM - Segalanya Hiburan

_dhm6864-small

Terletak di kawasan perkampungan yang tidak berapa jauh dari pusat kota Kuta di Lombok, tersembunyi sebuah tempat yang sesuai buat menenangkan fikiran. Berlokasi di Jalan Sawe-Batu Riti Kuta, Kies Villas, Lombok tersenarai sebagai salah satu penginapan berkonsep villa dan banglo yang paling popular dan eksklusif di kawasan ini. Dengan kedudukannya di bahagian yang lebih peribadi tetapi masih tidak jauh dari kesibukan dan pantai-pantai di daerah Kuta Lombok, ia menepati ajnas citarasa para pengunjung.

sunset-complex-shot
Kies Villas mempunyai tiga bilik penginapan, tiga banglo eksotik dan hanya 2 villa peribadi dengan kolam renang tersendiri. Dan kawasan villa ini merupakan antara penginapan paling eksklusif dan mewah di Kuta, Lombok. Dilengkapi juga dengan kolam renang awam untuk tamu yang bermalam di bilik-bilik serta banglo, Kies Villas memenuhi kehendak setiap pengunjungnya yang ingin berehat di kawasan yang terpencil sambil menikmati kemewahan hidup yang lain. Banglo dan villanya yang berkonsepkan modern chic eksotik setanding dengan villa-villa ternama lain di Indonesia dan juga Thailand.

_dhm6003
Dengan kawasan yang diasingkan dan agak ‘tersembunyi’ dari dunia luar yang lebih bising serta sibuk dengan hingar-bingar kota, Kies Villas juga sesuai buat mereka yang ingin meraikan acara-acara peribadi bersama keluarga atau rakan-rakan. Ini termasuklah pasangan yang ingin berbulan madu.

_dhm2366
Selain daripada penyediaan sarapan, di kafe mereka, tamu juga boleh menikmati makanan tempatan dan antarabangsa sepanjang hari yang disediakan untuk para penghuni. Apatah lagi dengan suasana indah yang lebih peribadi dan tersendiri khas buat tamu, ia menjadikan villa ini paling tepat buat mereka yang berkeluarga ataupun yang ingin berdua.

2
Satu lagi kelebihan Kies Villas adalah penyediaan perkhidmatan pakej-pakej pelancongan dan penjelajahan sekitar Kuta dan Lombok yang diuruskan oleh pihak pengurusan villa. Para tamu hanya perlu memberitahu pihak pengurusan apa yang ingin dilakukan sepanjang berada di Kuta dan mereka pasti akan memberikan pakej serta cadangan terbaik.
Di antaranya termasuklah pakej belajar bermain selancar (surfing), melihat air terjun dan macam-macam lagi. Selain itu para tamu juga boleh pergi berenang di lautan di pantai-pantai indah berdekatan dengan menyewa motorsikal yang disediakan oleh pihak hotel. Anda boleh juga berjalan ke kawasan pantai kerana ia tidak jauh dari situ.
Oleh kerana kawasan Lombok mempunyai komuniti Islam yang ramai, para pengunjung yang beragama Islam tidak perlu risau tentang mencari makanan halal kerana terdapat banyak restoran tempatan yang halal di situ. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini selain menghabiskan waktu di kolam renang peribadi anda.

_dhm6959-small
Jadi jika anda ingin pergi merehatkan minda serta bercuti dan tidak mahu pergi terlalu jauh dari Malaysia, singgahlah ke Kuta di Lombok dan bermalamlah di Kies Villas Lombok. Perjalanannya sebentar sahaja iaitu hanya 25 minit dari lapangan terbang Lombok dan anda tidak perlu bersusah-payah meredahi kesesakan lalu-lintas yang menggusarkan kerana tidak banyak kereta di jalanan.

Untuk lebih banyak ulasan tentang penginapan serta destinasi percutian menarik klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!