88821

KL Fashion Week 2018 Kembali Menggegar Ibu Kota - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh penggiat fesyen di Malaysia iaitu KL Fashion Week 2018 (KLFW18) kembali untuk tahun yang kelima.

Bertempat di pusat beli belah terkemuka Pavilion Kuala Lumpur, acara yang berlangsung bermula 8 sehingga 12 Ogos ini akan mementaskan lebih 100 pertunjukan fesyen dari pelabagai jenama dan pereka fesyen.

Antara nama-nama besar yang terlibat untuk KLFW18 ialah Farah Khan, Rizman Ruzaini, Jovian Mandagie, Fizi Woo, Melinda Looi, Innai Red dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan pereka-pereka muda negara yang menjadikan pentas KLFW18 sebagai medan untuk debut mereka dalam lapangan fesyen.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri pertunjukan demi pertunjukan yang akan berlangsung sepanjang minggu ini.

Nantikan juga laporan daripada SURIA tentang KLFW18. Jumpa anda di sana!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!