73295

KL Fashion Week Kembali - Suria FM - Segalanya Hiburan

Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KL Fashion Week Ready To Wear (KLFW) kembali lagi ke litar fesyen Malaysia buat tahun kelima.

Saban tahun pencinta fesyen ternanti-nanti acara yang mengumpul kelompok fesyen dari seluruh pelusuk tanah air ini.

 

screen-shot-2017-08-02-at-5-20-00-pm

KLFW dilihat sebagai ‘platform’ terbaik untuk pereka-pereka muda memperkenalkan karya mereka di tahap yang lebih komersial.

Malah sudah ramai pereka yang berjaya menempa nama melalui pentas KLFW. Bukan sahaja pereka, malah pentas berprestij ini turut menjadi tempat model-model tempatan mempamerkan aksi mereka memperaga pakaian pereka.

screen-shot-2017-08-02-at-5-25-36-pm

Tahun ini hampir 150 pereka tempatan dan pereka undangan dari luar negara bakal mempersembahkan koleksi mereka. Antara pereka luar negara yang diundang ialah pereka dari China, India, Australia, Jepun, Filipina dan Korea Selatan.

Antara pereka-pereka serta jenama tempatan popular yang bakal mengambil bahagian tahun ini adalah Rizman Ruzaini, Syaiful Baharim, Farah Khan, Fizi Woo, House Of Doll, Eclipse, Alia Bastamam, Nurita Harith dan ramai lagi.

screen-shot-2017-08-02-at-5-36-39-pmscreen-shot-2017-08-02-at-5-49-08-pm

Menurut pengasas serta tunjang utama penganjuran KLFW, Andrew Tan, KLFW pada tahun lepas telah berjaya menarik perhatian lebih dari 100,000 orang sepanjang lima hari acara berlangsung.

 

screen-shot-2017-08-02-at-5-25-59-pm

Tahun ini dijangka lebih meriah dengan sokongan daripada syarikat-syarikat gergasi seperti AirAsia, Fashion Valet, Vivo, TuneTalk dan banyak lagi.

screen-shot-2017-08-02-at-2-07-33-pm

KLFW akan berlangsung di pusat membeli belah terkenal ibu negara Pavillion Kuala Lumpur pada 16 sehingga 20 Ogos 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!