73232

Klana Resort : Resort Di Dalam Kota di Seremban - Suria FM - Segalanya Hiburan

dsc_7192-edit

Bandar Seremban semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung dalam dan luar negeri. Seiring dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Melaka dan juga Port Dickson, tempat-tempat penginapan bertaraf antarabangsa dengan ciri-ciri unik masing-masing mula tumbuh bagai cendawan. Banyak hotel baru mula wujud demi menarik perhatian pengunjung.

Namun ada juga hotel yang masih mampu mempertahankan kedudukan mereka. Tersergam di kawasan taman yang tersembunyi di tengah-tengah kota, Klana Resort merupakan sebuah hotel empat bintang yang sudah lama menjadi perintis kepada hotel-hotel bertaraf antarabangsa di Seremban.

1

Hotel ini dilengkapi dengan 230 buah bilik yang mempunyai hiasan dalaman kontemporari terindah dan menenangkan mata. Berkonsep seperti resort di kawasan hutan simpan dan pantai, ia bersesuaian dengan gaya hidup masa kini di bandar Seremban yang semakin sibuk seperti bandar-bandar lain di mana para penduduknya sentiasa mencari ketenangan terdekat.

dsc_7495-edit

Hotel ini mempunyai lokasi yang sangat strategik dan tidak terlalu jauh dari semua daya tarikan bandar Seremban. Antaranya termasuklah taman tasik Seremban serta kawasan istana Negeri Sembilan. Seperti kebanyakan hotel, ia juga dilengkapi dengan keperluan lain buat para tamu yang berkunjung seperti pusat perniagaan dan bilik mesyuarat khas.

1-2

Terdapat juga kolam renang berbentuk lagun yang besar serta pusat gimnasium untuk bersenam. Bilik-bilik lain semua mempunyai kelengkapan moden dan terkini untuk keselesaaan para tamu.

Untuk menjamu selera pula bolehlah singgah ke Selera Coffee House untuk sajian tempatan dan antarabangsa serta Yuri Japanese Restaurant untuk masakan Jepun yang lazat.

Pendek kata, Klana Resort ini lengkap dengan segala-galanya. Tidak kiralah tujuan anda berkunjung untuk bercuti ataupun bekerja, yang pasti hotel ini menepati citarasa semua yang datang untuk menikmati keindahan di Seremban.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!