86773

Klasik & ‘Classy’ Dalam Persalinan Rizman Ruzaini X Fashion Valet - Suria FM - Segalanya Hiburan

Saban tahun pereka fesyen terkenal negara Rizman Ruzaini berkolaborasi bersama portal beli belah atas talian Fashion Valet untuk menghasilkan koleksi lebaran.

Tahun ini Rizman Ruzaini membawakan kelainan dari tahun sebelumnya apabila mengangkat elemen klasik ala Perempuan Melayu Terakhir dalam rekaan mereka.

Primadona Vanida Imran diangkat sebagai muse koleksi kali ini. Wajah jelita Vanida dirakam cantik dalam persalinan-persalinan indah koleksi kali ini.

Menggunakan kain jenis brocade dan cotton drill, struktur koleksi kali ni akan tertelak cantik pada tubuh anda dan memberikan ‘look’ mewah.

Penggunaan riben di beberapa bahagian juga merupakan ‘fashion statement’ kepada setiap helian rekaan koleksi ini.

Tidak perlu risau dalam pemilihan warna koleksi kali ini menampilkan warna pastel dan juga warna-warna terang seperti indigo, hijau, merah jambu dan kuning.

Percikkan corak abstrak dan flora memberikan nuansa romantis, manakala corak berjalur membuatkan si pemakai kelihatan langsing dan lampai.

Jangan lupa untuk dapatkan koleksi ini di Fashion Valet.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!