87272

Klasik & Segak Di Pagi Raya Bersama Koleksi Omar Ali - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hari Raya Aidilfitri pasti tidak akan lengkap tanpa baju baru yang cantik dan segak untuk digayakan di Aidilfitri.

Bagi anda yang meminati rekaan yang klasik dan ringkas, apa kata anda cuba pakaian dari koleksi terbaru rekaan Omar Ali.

Menggunakan fabrik bermotif songket, sesiapa sahaja pasti akan kelihatan anggun dan klasik di pagi raya menggayakan koleksi Omar Ali ini.

Menariknya koleksi Omar Ali turut menawarkan rekaan sedondon untuk seisi keluarga dari wanita dewasa, kanak-kanak dan juga pakaian untuk lelaki.

 

Warna-warna yang ditawarkan juga begitu memikat hati. Selain potongan klasik, Omar Ali juga menawarkan rekaan moden serta baju Melayu berpotongan slim fit seiring dengan minat anak muda dewasa kini.

Omar Ali juga turut menaja busana-busana indah sempena penggambaran muzik video lagu raya Segalanya Lebih Bermakna dendangan penyampai-penyampai SURIA FM.

Selain dari rekaan serta warna yang menarik, harga pakaian di Omar ALi juga begitu berpatutan. Untuk baju Melayu kanak-kanak bermula dari RM79 sehingga RM159 untuk saiz 1-12 tahun. Baju Melayu dewasa pula dijual pada harga RM230 dalam size S,M,L,XL dan XXL. Baju Kurung wanita pula bermula dari RM110 sehingga RM359.

Berbaloi bukan? Jika and amahu kelihatan segak bergaya di hari raya, jangan lupa untuk berkunjung ke 9 cawangan butik Omar ALi yang bertempat di Wisma Yakin, TTDI, SACC Mall, Gombak, Taman Melawati, Alamanda, Putrajaya, dan Kampung Baru.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!