73243

Koleksi Perhiasan Amee Philips “Forget Me Not” Sesuai Untuk Aneka Perayaan - Suria FM - Segalanya Hiburan

2

Amee Philips Fine Jewellery sememangnya dikenali sebagai sebuah jenama yang menghasilkan barangan kemas yang penuh dengan ciri-ciri berani, berdaya cipta dan luar biasa. Inspirasi Amee berdasarkan bagaimana reka bentuk beliau mencipta sebuah perasaan kepada si pemakai.

“Saya ingin mencipta barang kemas yang kelihatan hidup apabila anda memakainya,” kata Amee. “Sebuah koleksi yang menarik dan penuh keterujaan untuk dipakai hari ini, dan boleh diturunkan ke generasi.” Amee percaya bahawa barang kemas harus diukir indah penuh kreativiti, walaupun kelihatan berani dan luar biasa tetapi tidak pernah membosankan.

Minat dan tarikan terhadap batu permata bermula apabila Amee Philip berpindah ke Eropah. Mengembangkan kepakarannya sebagai pemborong batu permata di Idar Obertein, sebuah kota Jerman yang terkenal dengan “kota batu permata”, yang merupakan pusat terkemuka dalam perdagangan batu permata dari Amerika Selatan dan Afrika. Menggilap kebolehan dalam mengenalpasti nilai dan kualiti permata, Amee telah meningkatkan reputasi dalam kemahiran beliau memilih dan mendapatkan permata yang terbaik.

Hari ini, tukang emas kelahiran Pulau Pinang melancarkan koleksi terbaru beliau Forget Me Not. Sebuah koleksi baharu yang mengingatkan kita untuk menghargai insan yang teristimewa dalam kehidupan kita, diserlahkan melalui 5 kelopak berbentuk hati yang bersama-sama membentuk symbol bintang di tengah sebagai lambang keabadian cinta.

4

Bertatahkan emas putih 18K atau “rose gold”, koleksi anggun ini dipadankan dengan untaian tali berlian yang mempersonakan, melilit kelima-lima kelopak bunga berbentuk hati persis sebuah memori dan kasih sayang teragung yang tersemat di hati. Keindahan rona biru nilam dan tanzanite menyerlahkan sisi eksklusif sebenar warna biru pada bunga.

Forget Me Not merupakan koleksi lengkap versatile yang boleh dipakai harian secara kasual ataupun sebagai penyerlah glamor dia atas karpet merah.

Forget Me Not Collection boleh didapati di butik-butik Amee Philips Exclusive Jewellery yang terletak di Mandarin Oriental Kuala Lumpur dan Outlet Penang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!