73373

Koleksi Terbaru Rico Rinaldi Setaraf Helaian Antarabangsa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Terus mengorak langkah dalam persada fesyen tempatan, pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi muncul dengan koleksi terbaru iaitu Rico Rinaldi Women’s Wear 2018 sempena dengan sambutan 10 tahun Rico Rinaldi.

screen-shot-2017-12-14-at-5-05-00-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-04-40-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-05-28-pm

Koleksi Rico Rinaldi Women’s Collection 2018 diperkenalkan petama kali dalam pertunjukan fesyen eksklusif sempena pembukaan cawangan baharu Rico Rinaldi di Plaza Damas, Kuala Lumpur.

screen-shot-2017-12-14-at-5-02-52-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-02-31-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-04-15-pm

Koleksi kali ini mengumpulkan 38 seleksi gaya 1980-an daripada kemeja longgar, skirt paras buku lali, jaket ‘oversized’ sehinggalah gaun labuh.

screen-shot-2017-12-14-at-5-04-25-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-03-39-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-02-45-pm

“Inspirasi koleksi kali ini adalah daripada gaya ibu saya sendiri sekitar tahun 80 an yang menitikberatkan siluet longgar dan berlapis. Manakala pemilihan warna untuk koleksi kali ini banyak bermain dengan tona pudar, pastel serta kusam seperti biru telus, hijau muda dan merah jambu selain cetakan corak bersaiz besar. Pemilihan fabrik pula saya memilih jenis sifon, kapas dan juga linen”, jelas pereka kesayangan ramai ini.

screen-shot-2017-12-14-at-5-03-15-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-03-03-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-04-01-pm

Signatur rasmi Rico Rinaldi iaitu perincian manik dan labuci berkualiti tinggi, eksklusif dan tersendiri masih dikekalkan dalam setiap helaian. Rico juga menghargai pelanggan setianya dengan menyuaipadankan teknik pleat dan siluet lama dan baru yang seringkali menjadi dambaan sepanjang 10 tahun usia Rico Rinaldi dalam industri fesyen tanah air.

screen-shot-2017-12-14-at-5-02-21-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-02-08-pm

screen-shot-2017-12-14-at-5-03-49-pm

Koleksi terbaru Rico Rinaldi ini juga menjadi pilihan para selebriti popular tempatan termasuklah Neelofa, Janna Nick dan Nabila Razali.

screen-shot-2017-12-14-at-5-31-29-pm

Bagi peminat rekaan Rico Rinaldi, kini anda boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu memandu jauh ke Bangi untuk mendapatkan helain idaman anda. Dengan pembukaan cawangan terbaru di Plaza Damas Kuala Lumpur, tiada lagi alasan untuk anda tidak tampil menawan ke setiap majlis! Tahniah Rico Rinaldi!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!