73091

Krabi lebih bererti di Pimann Buri - Suria FM - Segalanya Hiburan

pmb-1-24

Di dalam kawasan sebuah perkampungan yang tidak berapa jauh dari pusat kota Krabi, tersembunyi sebuah tempat yang sesuai buat menenangkan fikiran. Terletak di kawasan Aonang, Pimann Buri Luxury Pool Villas tersenarai sebagai salah satu villa yang paling popular dan eksklusif di kawasan ini. Dengan kedudukannya di bahagian yang terasing dari kesibukan dan hingar-bingar kota, ia menepati ajnas citarasa para pengunjung.

Pimann Buri mempunyai hanya 6 villa peribadi indah dan villa ini merupakan antara penginapan paling eksklusif dan mewah di Aonang. Dilengkapi dengan kolam renang peribadi untuk setiap villa, Pimann Buri memenuhi kehendak setiap pengunjungnya yang ingin berehat di kawasan yang terpencil sambil menikmati kemewahan hidup yang lain. Villa-villanya yang berkonsepkan modern chic setanding dengan villa-villa ternama lain di Thailand dan juga Indonesia.

_c7c5413-cropped
Dengan kawasan yang diasingkan dan agak ‘tersembunyi’ dari dunia luar yang lebih bising serta sibuk dengan hingar-bingar kota, Pimann Buri juga sesuai buat mereka yang ingin meraikan acara-acara peribadi bersama keluarga atau rakan-rakan. Ini termasuklah pasangan yang ingin berbulan madu.

master-bedroom
Mempertaruhkan konsep layanan khas dan pribadi yang mewah, Pimann Buri mempunyai chef peribadi yang akan menyiapkan sarapan khas buat para tamu di dalam dapur villa yang disediakan! Pengalaman ini benar-benar membuat tamu berasa seperti raja dan ratu. Malah tukang masak mereka mampu menyajikan menu tempatan serta antarabangsa, tidak hairanlah sekiranya ada pengunjung yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati perkhidmatan istimewa ini..

20150417_082632
Selain daripada penyediaan sarapan, tukang masak peribadi juga akan menyediakan makan malam berkonsep barbeku khas dengan aneka makanan laut untuk para penghuni villa tertentu. Apatah lagi dengan suasana indah yang lebih peribadi dan tersendiri khas buat tamu hotel, ia menjadikan villa ini paling tepat buat mereka yang berkeluarga ataupun yang ingin berdua.

img_0852-cropped
Satu lagi kelebihan Pimann Buri adalah penyediaan perkhidmatan pakej-pakej pelancongan dan penjelajahan sekitar Krabi yang diuruskan oleh pihak pengurusan villa. Para tamu hanya perlu memberitahu pihak pengurusan apa yang ingin dilakukan sepanjang berada di Krabi dan mereka pasti akan memberikan pakej serta cadangan terbaik.

20150416_181459
Di antaranya termasuklah pakej bulan madu ataupun pakej keluarga dan berkumpulan. Antara tempat-tempat yang termasuk dalam pakej penjelajahan adalah, pelayaran matahari terbenam (sunset cruise) di mana tamu dapat menikmati pelayaran untuk melihat matahari terbenam sambil menikmati makan malam yang dipanggang khas di atas kapal. Selain itu para tamu juga boleh pergi berenang di lautan berdekatan (snorkeling) dan berjalan di tepi pantai.

20150417_112554
Tersedia juga lawatan ke kawasan alam semulajadi yang menjadi tarikan istimewa seperti lawatan ke Emerald dan Blue Pool. Kedua-dua tempat ini merupakan kolam semulajadi yang terletak di tengah-tengah sebuah kawasan hutan simpanan sekitar sejam dari pusat kota Aonang. Blue pool merupakan sebuah kolam punca mata air yang sangat menarik. Selain warnanya yang sangat biru seperti kolam renang buatan, airnya juga keluar semakin banyak kala bunyi bising berlaku. Ini kerana getaran yang kuat membuatkan punca mata air tersebut mengeluarkan lebih banyak air. Di bawahnya pula adalah Emerald Pool yang juga mirip sebuah kolam buatan kerana warnanya. Kolam ini sangat popular sebagi tempat mandian keluarga dan rakan-rakan. Sungguhpun begitu para pengunjung yang mandi di situ tidak dibenarkan membawa syampu ataupun sabun untuk mengelakkan pencemaran air semulajadi.

20150416_143814
Terdapat banyak lagi lawatan dan pakej tersedia seperti lawatan ke gua dan kolam air panas semulajadi, menyelam serta macam-macam lagi. Buat anda yang kurang sukakan lawatan alam semulajadi, boleh juga bersiar-siar di kota Aonang sambil membeli-belah serta menikmati makanan tempatan. Oleh kerana kawasan selatan Thailand mempunyai komuniti Islam yang ramai, para pengunjung yang beragama Islam tidak perlu risau tentang mencari makanan halal kerana terdapat banyak restoran tempatan yang halal di situ.

20150417_110152

Pihak villa juga boleh menguruskan sesi rawatan spa khas untuk para tamu yang ingin dimanjakan setelah puas berjalan-jalan. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini selain menghabiskan waktu di kolam renang peribadi anda.
Jadi jika anda ingin pergi merehatkan minda serta bercuti dan tidak mahu pergi terlalu jauh dari Malaysia, singgahlah ke Krabi dan bermalamlah di Pimann Buri Luxury Pool Villas. Penerbangannya sebentar sahaja dan anda tidak perlu bersusah-payah meredahi kesesakan lalu-lintas yang menggusarkan kerana anda akan dijemput dan dihantar pulang dan dilayan seperti raja!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!