
/wp-content/uploads/2021/09/IMG-6.jpeg)
Sempena Hari Jantung Sedunia pada September ini, seorang pelari dan jurulatih kecergasan, Jasmine ingin memberikan latihan kecergasan secara percuma kepada orang ramai bagi membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Bermula dengan kerjaya korporat dan setelah itu menceburi bidang perniagaan & kecergasan, Jasmine merupakan pemegang sarjana Petronas yang lulus dari University of Adelaide dengan ijazah Perakaunan. Setelah memenuhi syarat sebagai Akauntan Berkanun (“Chartered Accountant”) dengan Arthur Andersen, beliau meneruskan tugas korporatnya dalam Kumpulan Strategi (“Group Strategy”) di Petronas.
Setelah melahirkan anak lelaki pada tahun 2008, beliau sedar bahawa pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti masih kekurangan di Malaysia. Beliau dan kawan baiknya kemudian mendirikan pusat pendidikan awal, Kizsports & Gym di Desa Parkcity, Kuala Lumpur.
Jasmine pernah berjaya melengkapkan beberapa larian marathon termasuk larian separuh maraton paling sukar di dunia sambil membawa 10 fibroid bersaiz bola tenis di rahimnya. Atas semangat dan mantra beliau iaitu kecergasan sebagai gaya hidup (“Fitness as a Lifestyle”) dan Kecergasan untuk kehidupan sebenar (“Fitness for Real Life”), objektif beliau adalah agar peserta cergas dan kuat untuk menjalani kehidupan seharian.
Beliau mengambil pendekatan latihan multi-dimensi untuk kecergasan dengan memfokuskan kepada kekuatan, daya tahan, mobiliti dan fleksibiliti. Ia menggabungkan High-Intensity-Interval-Training (“HIIT”), latihan berat (“weights”) serta kardio.
Dengan mentaliti ‘Mesti Boleh’ dan semangat menyahut sebarang cabaran kecergasan, beliau telah menceburi bidang kecergasan sejak 3 tahun yang lepas dan sudah melatih hampir 40 peserta yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan beliau.
Jasmine mengadakan kelasnya selama 5 hari seminggu dan rata-rata pelajarnya berumur antara 10 hingga 80 tahun yang terdiri daripada kanak-kanak, pekerja profesional, usahawan, suri rumah dan pesara. Jasmine bukan sahaja melatih pelajar baru, beliau juga membantu melatih atlet berperingkat tinggi.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 yang lepas, Jasmine telah melatih anak saudaranya yang merupakan pemain Skuasy Peringkat Negeri. Melalui sesi bersama mereka, Jamine berjaya meningkatkan prestasi mereka dan pengalaman ini memotivasikan beliau untuk menolong sesiapapun dalam bidang kecergasan, biarpun mereka yang baru atau atlet berperingkat tinggi.
Sebelum pandemik COVID-19, Jasmine mengadakan kelas latihan kumpulan di kawasan kejiranannya. Sejak bermulanya PKP, kelas latihan telah dijalankan secara ‘online’ selama satu jam 30 minit setiap sesi dan setiap sesi dibahagikan kepada 7-8 segmen aktiviti yang berbeza.
Semasa menjalankan latihan kumpulan, Jasmine turut berlatih bersama para peserta sambil memerhatikan pergerakan mereka secara serentak. Selepas setiap segmen latihan, Jasmine akan membimbing peserta untuk memperbaiki kaedah dan gaya yang bersesuaian dengan mereka. Setiap kelas direkodkan, didokumentasikan dan dimuat naik ke halaman Facebook peribadi beliau. Rujukan ini membolehkan para peserta melakukan senaman secara sendiri sepanjang minggu sebelum kelas seterus pada minggu hadapannya.
Antara kisah kejayaan pelajar beliau adalah pelajar tertuanya yang berusia 67 dan 78 tahun telah berjaya melengkapkan larian sejauh 10km dan 21km. Peserta lain pula telah menyertai beberapa larian termasuk larian rintangan antara 10km hingga 21km di jalan raya, ‘trail’ dan bukit. Ini membuktikan bimbingan Jasmine telah berjawa membawa kesan positif kepada semua, terutamanya terhadap kepercayaan diri mereka dalam kehidupan harian.
Ikuti akaun Instagram @jasmine_fit4life untuk dapatkan petua dan video latihan kecergasan yang boleh membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mendapatkan berat badan yang ideal.