95862

Legasi Kini Kembali: Rockaway 2020 Bakal Mengegarkan Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

The Livescape Group bersama InTour Live dan iMe Entertainment Group mengumumkan Rockaway 2020, dipersembahkan oleh Tune Talk, sempena menyambut ikonik sepuluh tahun semenjak festival rock pertama ini diadakan pada tahun 2009. Festival rock legenda ini telah mengetengahkan 51,000 para rockers, 92 artis, 11 persembahan, dan 5 festival sepanjang sepuluh tahun yang lalu. Festival muzik terbesar di Malaysia ini kembali dengan beberapa tambahan menarik dan akan berlangsung pada 14 hingga 15 Mac 2020 di kawasan letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

Ameen Amaendran, Tune Talk CEO, berkata, “Terima kasih kepada The Livescape Group bersama InTour Live dan iMe Entertainment Group kerana memberi kami peluang bekerjasama mempersembahkan Rockaway 2020. Bersempena dengan ulang tahun ke-10 kami, pihak Tune Talk sangat berbesar hati untuk meraikannya dengan festival rock yang dinanti-nantikan. Sebagai penyokong besar artis dan kumpulan muzik tempatan, ianya sudah menjadi sebahagian daripada DNA kami untuk menganjurkan konsert hiburan yang luar biasa. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna setia Tune Talk atas sokongan anda. Rockaway 2020 adalah untuk anda dan kami berharap festival ini dapat menghiburkan peminat muzik tanah air.”

Rockaway telah melepasi jangkaan semua penggemar muzik rock sejak 2009, dengan menampilkan barisan nama-nama besar dan terbaik dalam genre muzik itu, serta metal. Festival ini diadakan bagi menyemarakkan serta menyatukan kembali semangat komuniti rock dalam meraikan cinta mereka terhadap muzik ini.

“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa Rockaway kembali dengan cara yang lebih hebat pada tahun 2020 ini, dan kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Intour dan iMe Entertainment Group untuk festival kali ini yang sangat dekat di hati kita. Muzik rock sentiasa mempunyai kedudukan yang kuat di Malaysia, dan The Livescape Group merasakan ini merupakan masa yang tepat untuk kita memberi penghormatan kepada beberapa artis Malaysia yang baru, segar dan juga ikon-ikon rock legenda di zaman kita. “Kata Iqbal Ameer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Livescape Group.

Jangan ketinggalan untuk melihat sendiri persembahan artis-artis rock tempatan dan luar negara serta merasai sendiri pengalaman hebat bersama-sama para peminat serta komuniti rock pada penganjuran edisi kali ini.

Zon Gem-Park merupakan tambahan terbaru kepada Rockaway 2020 – Memberi peluang dan ruang kepada peniaga mengetengahkan produk-produk mereka kepada penggemar serta komuniti muzik rock yang hadir pada festival itu. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai pilihan makanan di gerai-gerai yang mengambil bahagian. Zon Gem-Park akan dibuka kepada orang ramai secara percuma selama dua hari.

Zon Rockaway Live – Akan bermula pada jam 2 petang pada 15 Mac 2020, dengan penampilan pemuzik tempatan, diikuti dengan persembahan oleh artis-artis luar negara yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Semenjak penganjurannya yang pertama pada 2009, Rockaway sentiasa mengutamakan barisan artis-artis rock tempatan.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pihak The Livescape Group dengan kembalinya Rockaway 2020. Sejak kemunculan pertama Rockaway Fest pada tahun 2009, kami telah bekerjasama dengan komuniti rock tempatan serta bekerja dengan rapat bersama mereka untuk mewujudkan kesedaran terhadap genre tersebut. Hari ini, selepas satu dekad, kami berbangga untuk menyatakan bahawa kami bersama-sama telah menubuhkan satu platform yang bukan sahaja menampilkan artis tempatan tetapi juga merangkumi serantau dan antarabangsa serta nama-nama yang akan diumumkan tidak lama lagi. Dengan kehadiran para peminat muzik yang kuat, kami berharap dapat menyatupadukan komuniti lain melalui muzik dan kami tidak sabar untuk bersama-sama dengan para peminat rock di luar sana pada bulan Mac ini,” ujar Bonor Seen, Pengarah Urusan InTour Live.

Fasa pertama ‘line up’ ini bermula dengan band rock Australia, Hands Like Houses, yang bakal mengegarkan pentas utama buat pertama kali di Asia. Dengan penjualan rekod melebihi 150,000 di seluruh dunia, lebih 15 siri jelajah muzik di America Syarikat dan 10 jelajah di UK, lagu-lagu Hand Like Houses yang berakarkan post-hardcore dengan dipengaruhi oleh R&B telah menyuntikkan versi baru rock’n’roll untuk industri muzik.

Seterusnya bakal menampilkan persembahan daripada band yang tidak asing bagi peminat muzik tanah air. Hujan, bakal menghiburkan para peminat setia mereka dengan kompilasi lagu-lagu hit yang terdiri daripada koleksi album terdahulu dan juga album terbaharu mereka.

Band seterusnya ini, baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-10 mereka. Pernah menjadi band pembuka untuk Death Cab For Cutie dan The Smashing Pumpkins, persembahan Kyoto Protocol juga tidak patut dilepaskan. Tidak ketinggalan, pentas utama akan digegarkan dengan persembahan rock gabungan gitaris lagenda yang pernah menyertai kumpulan Search dan Cromok, Hillary Ang bersama Mad August, AIM Chinese Award Winner, yang juga telah menyambut ulang tahun kelapan mereka pada tahun ini.

Masih utuh mencipta nama dalam industri muzik selama 40 tahun, Datuk M. Nasir adalah sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Datuk M. Nasir bakal menggamatkan lagi pentas dengan persembahan lagu-lagu popular beliau yang menjadi siulan ramai.

Turut menggegarkan pentas kali ini adalah persembahan daripada kugiran Masdo yang menjadi ikutan masa kini oleh anak-anak muda dan juga Project E.A.R iaitu gabungan para pemuzik handalan dari rantau Asia Tenggara yang menjanjikan persembahan terhebat mereka untuk festival kali ini.

Bakal mempamerkan kekuatan muzik mereka, ‘superband’ Toko Kilat dan kumpulan XPDC yang meraikan ulangtahun ke-30 pasti memukau para peminat mereka dengan persembahan yang bertenaga.

Kemeriahan festival rock terbesar Malaysia ini tidak hanya terhenti di sini, lebih banyak lagi persembahan daripada nama-nama besar termasuk artis antarabangsa akan di umumkan menjelang festival pada tahun 2020.

 

Lineup:

Hands Like Houses

Hujan

Kyoto Protocol

M Nasir

Mad August Ft. Hillary Ang

Masdo

Project E.A.R

Toko Kilat

XPDC

 

Penaja Utama:

Presented by: Tune Talk

Advanced Heat Technology: Glo

Official E-Commerce Partner: Shopee

Official Footwear: Dr Martens

Official Headwear: New Era

Official Beverage: Pepsi

Official Coffee: Wonda Coffee

Official Community: Jamtank

Tiket VIP telah habis terjual! Namun anda masih boleh mendapatkan tiket biasa dan Rockzone sekarang di www.galactix.asia/rockaway-festival-2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.rockawayfest.com atau www.facebook.com/rockawayfest. Ikuti laman sosial Rockaway Fest di Instagram @RockawayFest untuk mendapatkan info terkini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!