73219

Liyana Jasmay Lancar Koleksi Raya Wonderland - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-26-at-5-58-53-pm-1

Kami kagum betul melihat pelakon, penyanyi dan usahawan yang seorang ni.
Mana taknya dalam sibuk menguruskan rumah tangga dan menjaga dua orang anak, Liyana Jasmay masih sempat menghasilkan single dan klip video.

whatsapp-image-2017-04-26-at-5-58-53-pm
Bukan calang-calang klip video, penggambaran dilakukan di Amerika Syarikat.
Terbaru lewat akaun Instagramnya, ibu muda ini menunjukkan yang dia bakal melancarkan koleksi pakaian untuk lebaran dibawah jenamanya sendiri, MermaidLuxe.
Wah nampaknya rezeki Liyana semakin bertambah-tambah.

whatsapp-image-2017-04-26-at-5-58-53-pm-2
Selepas kejayaan single Oh Na Na, terbaru Liyana muncul pula dengan single Selesa Tanpamu.
Semoga Liyana terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan bahagia disamping suami dan anak anak tersayang.
Kepada anda yang rindu nak tengok persembahan Liyana Jasmay secara live, jangan lupa datang ke Konsert Jelajah Suria 10 Tahun di Perkarangan Pasaraya Mydin USJ Subang Jaya pada 29 April 2017 bermula jam lapan malam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!