73273

Lokasi Bersantai Strategik di Hotel Jen Orchardgateway Singapura - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

whatsapp-image-2017-06-28-at-12-31-24-pm-2

Singapura terus menjadi destinasi percutian terdekat buat rakyat Malaysia biarpun bandaraya tersebut dikatakan salah satu bandaraya termahal di dunia. Namun kerana keunikan yang ada di kota Singa itu, penduduk Malaysia tidak jemu-jemu untuk berkunjung ke sana. Jadi tidak hairanlah sekiranya jumlah hotel di negara tersebut terus meningkat.

Baru dibuka sekitar tiga tahun yang lalu, Hotel Jen Orchardgateway merupakan salah satu jenama hotel terkini yang menjadi pilihan ramai pengunjung ke Singapura.

whatsapp-image-2017-06-28-at-12-31-25-pm-2

Tersenarai sebagai jenama hotel kelas pertengahan di bawah pengurusan syarikat hotel tersohor Shangri-La, Hotel Jen Orchardgateway ini menawarkan harga sewa bilik yang sangat berpatutan bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberikan.

Terletak di kawasan pusat Singapura di Orchardgateway bersebelahan stesen MRT Somerset, hotel ini menjadi juara soal lokasi kerana kedudukannya yang sangat strategik di samping pusat membeli-belah 313@Somerset dan betul-betul di atas pusat membeli-belah Orchardgateway.

whatsapp-image-2017-06-28-at-12-31-26-pm

Malah hotel ini dibina untuk memenuhi pasaran pelancong yang semakin ramai di Singapura selain daripada tetamu yang datang bagi tujuan perniagaan luar negara.

whatsapp-image-2017-06-28-at-12-31-25-pm-3

Ia menampilkan 499 buah bilik moden dan setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan internet wi-fi percuma serta televisyen berlayar leper LCD.

whatsapp-image-2017-06-28-at-12-31-25-pm

Selain dilengkapi dengan sebuah pusat kecergasan atau gimnasium, ia turut menyediakan perkhidmatan pakar urut bergerak yang boleh datang ke bilik tamu, dan juga ke kawasan kolam renang, sekiranya dipesan.

whatsapp-image-2017-06-28-at-12-31-24-pm-1

Lebih menakjubkan juga adalah pemandangan awang-awangan Singapura yang dapat dinikmati dari kolam renang hotel ini. Malah pemandangan dari kolam renangnya dianggap salah satu yang terbaik di tengah-tengah kawasan pusat Orchard Road. Ia sering diabadikan di laman Instagram dan media sosial ramai pengunjung, penulis kembara dan juga majalah-majalah gaya hidup seluruh dunia. Ini kerana lokasi kolam renang tingkat teratasnya berada tinggi di atas kawasan Orchard Road.

poolside-sunrise-hi-res

Di samping itu, hotel ini juga mempunyai restoran Makan@Jen dan merupakan tempat sarapan bagi para tamu hotel. Tersedia juga Lounge@Jen serta Baywatch@Jen di kolam renang untuk tamu menikmati minuman sambil bersantai menikmati pemandangan indah dari kolam renang hotel. Pemandangan matahari terbenam di situ sangat cantik dan lebih bermakna jika dapat dihayati sambil bersantai di tepi atau dalam kolam renang dengan segelas minuman di tangan!

hotel-jen-orchardgateway-singapore-pool-day-1127108

Selain daripada itu, terdapat beberapa buah bilik mesyuarat untuk mengadakan perjumpaan dan seumpamanya. Jadi selesai waktu makan atau mesyuarat, para pengunjung dengan mudah dapat melihat suasana di Orchard Road dan pergi membeli-belah. Ini juga menyenangkan para tamu hotel untuk bergerak dari tempat ke tempat kerana stesen MRT juga sangat hampir dengan bangunan hotel dan mudah untuk ditujui.

Hotel ini juga prihatin akan kehendak penggunanya, jadi tersedia banyak makanan berasaskan sayuran dan makanan laut sebagai menghormati tamu yang mempunyai permintaan tertentu soal makanan.

Oleh itu, hotel ini sangat sesuai buat anda yang mahukan hotel berkualiti tetapi menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kemudahan serta lokasinya. Bukan sahaja bilik-biliknya cantik dilihat tetapi juga sangat selesa untuk didiami.

Jadi pastikan Hotel Jen Orchardgateway menjadi pilihan anda sekiranya berkunjung ke Singapura!

Untuk lebih banyak ulasan hotel dan destinasi pelancongan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!