73223

Lord's Memperkenalkan Lord's 1974 - Suria FM - Segalanya Hiburan

lt0255

Barangkali tersenarai di antara jenama jaket dan tukang jahit lelaki paling popular di Malaysia, Lord’s Tailor melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan sebuah lagi rangkaian pakaian di bawah jenama Lord’s 1974.

lt0096

Jenama terbaru ini memperjuangkan tahun kelahiran Lord’s di Malaysia dan tampil sebagai sebuah rangkaian mewah untuk pakaian rasmi dan santai lelaki. Sesuai dengan jenamanya yang terkenal, Lord’s sentiasa memberikan barangan berkualiti terbaik dan sesuai untuk semua lelaki di setiap peringkat umur. Jenama sedia-pakai ini mempertaruhkan fabrik terunggul Eropah untuk menjamin keselesaan para pemakai.

lt0125

Ia turut menampilkan perkhidmatan premium baru iaitu ‘tempahan-ikut-ukuran’ atau ‘Made-to-measure’. Ini kerana Lord’s sangat mementingkan potongan dan keselesaan para pelanggannya.

lt0168

Sehubungan dengan itu Lord’s juga telah melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan terbaru di The Gardens Mall sambil memperkenalkan himpunan “Made in Italy” – The Italian Collezione mereka yang semestinya menggunakan barangan asal fabrik dari Itali.

l16

Jelas terbukti, Lord’s merupakan antara tempat terbaik di Malaysia untuk mendapatkan jaket dan sut lengkap buat lelaki yang pentingkan penampilan bergaya.

l21

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!