86047

Luahan Bengah Buat Afiatul Pada Majlis Anugerah Cemerlang Buat Netizen Sayu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebut sahaja nama Bengah pasti ramai yang sudah mengenali beliau yang melabelkan dirinya sebagai #AbangPenyayang dengan koleksi video yang sentiasa mencuit hati tentang kehidupan adiknya iaitu Afiatul yang lebih dikenali sebagai Cik Pia merupakan seorang kanak-kanak istimewa.

0117

Telatah mereka berdua sememangnya sangat menghiburkan tambahan pula sikap dan personaliti Bengah yang tidak pernah kenal erti penat ketika melayan perangai adiknya.

Baru-baru ini Bengah ada memuat naik sebuah video beserta kapsyen yang berjaya menarik perhatian netizen dan membuatkan kita semua terfikir sejenak tentang keistimewaan Cik Pia.

17126495_354859798241494_3854157772866191360_n

Walaupun keadaan Cik Pia begitu tetapi ia bukanlah penghalang untuk beliau berjaya dalam kehidupannya apabila nama Cik Pia tersenarai dalam Majlis Anugerah Cemerlang dan meraih tempat pertama.

Rata-rata netizen yang melihat dan membaca kapsyen Bengah juga meluahkan rasa gembira disamping ada juga mengucapkan tahniah buat Cik Pia atas kejayaannya.

Kami di SURIA juga turut berbangga dengan pencapaian Cik Pia dan adik-adik istimewa yang lain. Semoga Cik Pia akan terus sukses dan teruskan tarik rambut Bengah tau!!! Hehe..

Jom kita baca antara kapsyen Bengah yang akan membuatkan anda tersentuh apabila membacanya:

INI UNTUK MAK… Abang jadi wakil Ayah. rasa macam perasaan seorang Ayah pulak. dulu masa sekolah takde gambar macam ni.. perasaan yang macam ni.. #KakakForm7 Ketua Tingkatan pulak tu! Bangga seorang abang bila adik yang istimewa melangkah ke pentas ambil anugerah cemerlang. sangat berbangga.. dan anak anak istimewa lain juga cemerlang terbilang 🌸 sayang semua anak syurga. mereka bukan biasa biasa atau luar biasa tapi mereka sangat istimewa… #AbangYangPenyayang #Afiathorrr #AnakSyurga”

“Hari Anugerah Cemerlang yang teristimewa… Dan anugerah terindah ini lah yang buat keluarga ni riuh rendah dengan keletahnya. pada yang punyai insan istimewa seperti Afiatul.. jaga la mereka. saya dapat merakamkan detik terindah ini dan dikongsi untuk anda semua.. semua yang istimewa. Abang yang normal ni pon tak pernah dapat anugerah cemerlang! TAHNIAH adik! kecil je dia dengan rakan sekolah dia. haha. kesayangan ramai ni sentiasa spontan aksinya menceriakan suasana.. 😁 SHARE bagi semua dapat rasa flying kiss Cik Pia ni! bukan selalu bila berada diatas pentas aksi ni terjadi 🌸 #AbangYangPenyayang #Afiathorrr #AnakSyurga”

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!