73195

Makan Malam di Awangan! - Suria FM - Segalanya Hiburan

kl-dits-matic

Pernahkah anda terfikir bagaimana rasanya menikmati makan malam di awangan sambil tergantung 150 kaki di udara? Kalau anda sudah lama mengimpikannya anda masih berpeluang untuk mencuba pengalaman tersebut.

Pasti ramai yang pernah mendengar tentang konsep makan malam unik ini yang dikenali sebagai Dinner In The Sky dan kini Dinner In The Sky Malaysia kembali lagi dengan harga yang sangat berpatutan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mencubanya.

Diperkenalkan pada bulan Mei 2006 di Brussels, Belgium, pengalaman unik ini menggunakan kren untuk mengangkat sebuah meja khas berserta tetamu dan juga beberapa orang pelayan untuk menghidangkan makanan pada paras 150 kaki di udara sambil menikmati pemandangan dari atas. Di Kuala Lumpur, para tamu dapat menikmati makan malam sambil dikelilingi pemandangan pencakar langit termasuk latarbelakang Menara Berkembar Petronas yang indah bercahaya di waktu malam.

kl-dits-matic-2

Lebih istimewa, kali ini pihak Dinner in The Sky Malaysia telah mengambil keputusan untuk memperpanjangkan promosi makan malam dengan suasana unik ini sehingga 18 Jun 2017. Bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (atau MaTiC), Kuala Lumpur, pengalaman ini hanya terdapat di Malaysia sahaja untuk rantau Asia Tenggara. Dan harganya hanya RM229 seorang pada hari-hari biasa dan RM249 seorang pada hujung minggu.

Sudah ramai selebriti yang mencuba pengalaman ini termasuklah Dato Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Dato Lee Chong Wei, Erra Fazira dan ramai lagi. Anda bila lagi?

Jadi kalau anda ingin mengadakan majlis makan malam khas buat keluarga, atau syarikat anda bekerja mahupun apa sahaja acara yang ingin diraikan, cepatlah cuba pengalaman ini.

Untuk keterangan lanjut layari www.dinnerinthesky.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!