86006

Makanan PENYEBAB Selulit VS Makanan HILANGKAN Selulit - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tidak kira wanita mahupun lelaki, pasti sering mengalami masalah selulit di kulit. Walaupun selulit sering muncul di bahagian kulit yang tersembunyi, tetap ia tetap akan membuatkan individu itu berasa tidak selesa dan yakin pada diri sendiri terutamanya kaum wanita.

Untuk pengetahuan anda, makanan juga boleh menyebabkan terjadinya selulit. Tetapi jangan risau kerana makanan juga boleh mengurangkan malah menghilangkan selulit yang ada pada permukaan kulit anda. 

Antara makanan yang MAMPU menyebabkan selulit: 

  • KAFEIN

Minuman kopi berkafein boleh menjejaskan peredaran darah dan metabolisme. Jika anda benar-benar ingin melawan selulit, gantilah kopi dengan minuman lain, sebagai contoh teh herba.

  • GULA

Kita hanya memerlukan 80 gram gula dalam sehari. Lebih dari itu, jumlah radikal bebas dalam badan akan naik lebih dari setengah. Kelebihan pengambilan gula boleh membuat dinding arteri dan pembuluh darah kehilangan keanjalan dan membentuk selulit. So, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. 

  • GANDUM DAN PRODUK YANG MENGANDUNGI TEPUNG

Lektin adalah elemen alam yang boleh menjadi racun bagi tubuh, dan boleh dijumpai pada gandum dan tepung. Bahan tersebut boleh menyebabkan selulit.

  • KARBOHIDRAT

Bijirin, roti, pasta adalah karbohidrat olahan yang boleh meningkatkan gula darah dan kadar glukosa dalam tubuh. Produk tersebut juga dapat mengurangkan sensitiviti insulin yang boleh menyebabkan pengumpulan lemak. Cuba kurangkan pengambilan bahan-bahan makanan tersebut.

Antara makanan yang boleh MELAWAN selulit:

  • kacang almond
  • telur rebus
  • saderi segar
  • oren
  • nanas
  • lobak
  • Susu rendah lemak
  • ikan
  • kerang
  • Kubis, baby kol
  • lada
  • air mineral

Haa yang ada selulit, jangan risau sebab anda masih ada peluang untuk kurangkan atau hilangkan selulit anda. Apa yang penting, kena rajin untuk berubah dan sentiasa konsisten ye.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : wanista

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!