73343

Malam Yang Indah di Doubletree by Hilton Bangkok - Suria FM - Segalanya Hiburan

double-tree-coffee-house

Tersergam indah di kawasan pusat Sukhumvit di kota Bangkok, hotel Doubletree by Hilton merupakan sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai salah sebuah hotel berbintang lima di bandaraya tersebut, hotel berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

double-tree-lobby-2

Terletak berdekatan kawasan pusat bandaraya Bangkok, hotel ini mudah ditujui kerana berada berdekatan dengan stesen BTS Phrom Phong. Cuma beberapa minit sahaja dari stesen tersebut sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel.

Diperhebatkan lagi dengan rekaan bangunan hotelnya yang sangat unik, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan jendela-jendela kaca yang mewarnai hotel ini.

double-tree-1

Sudah menjadi tradisi kesemua hotel Doubletree by Hilton, sebaik saja tamu mendaftar masuk, mereka akan diberikan biskut cip cokelat khas yang merupakan lambang sambutan jenama hotel ini. Dengan pelbagai bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan bandaraya Bangkok dengan penuh gah.

Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat eksekutif, para tetamu di bilik-bilik tersebut (yang merupakan ahli Hilton Honors) juga mempunyai kemudahan untuk melakukan daftar masuk dan keluar peribadi (personalised check-in and check -out) selain lounge eksekutif buat sarapan dan juga koktel petang.

double-tree-2

Biliknya juga sangat menarik, apatah lagi dengan bilik mandi berdinding kaca lutsinar yang pemandangannya hanya boleh ditutup dengan bidai khas dari dalam kamar mandi. Setiap bilik juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

double-tree-lobby-3

Doubletree by Hilton juga mempunyai sebuah gimnasium, sebuah kolam renang yang besar dan juga sebuah spa untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Dee Lite yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa terbaik di samping Mosaic yang menawarkan tempat untuk minum sambil bersantai.

double-tree-lobby

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya.

Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat banyak kawasan yang popular dengan makanan untuk kemudahan para tamu yang ingin mencuba sajian tempatan atau membeli barangan tertentu. Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Doubletree by Hilton Hotel di Bangkok kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!