91714

Mampukah Jane Teoh Akhiri Penantian 48 Tahun Malaysia Di Pentas Miss Universe? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung pertandingan peringkat awal Miss Universe 2018 yang berlangsung di negara tuan rumah Thailand.

Seramai 93 peserta dari seluruh dunia mempamerkan aksi mereka dalam 2 pusingan yang berbeza iaitu sesi pakaian renang dan gaun petang bagi meraih tempat top 20 pada malam akhir, 17 Disember 2018 nanti.

Peserta dari Malaysia, Jane Teoh yang berusia 21 tahun telah membuat kejutan melalui persembahannya yang memukau.

Jane Teoh tampil menggoda pada pusingan pakaian renang dalam persalinan pakaian renang berwarna merah jambu terang.

Untuk pusingan gaun petang, Jane sekali lagi mebuat kejutan dengan memakai gaun petang berwarna kuning rekaan Amaze Atelier.

Ramai peminat dari Malaysia yang tidak menyangka Jane akan menyarung gaun berwarna kuning itu kerana mereka menjangkakan Jane akan memakai gaun berwarna perak yang dipertontonkan sewaktu sidang media beberapa minggu lalu. Namun pemilihan warna kuning itu dilihat satu tindakan yang bijak memandangkan terlampau ramai peserta yang memakai gaun berwarna perak malam semalam.

Jane juga turut mendapat pujian dari peminat-peminat pertandingan ratu cantik kerana mempamerkan aksi cemerlang di pentas Miss Universe.

Mengikut rekod, kali terakhir Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir ialah pada tahun 1970. Pada tahun 2011, wakil Malaysia iaitu Deborah Priya Henry disebut-sebut bakal membawa pulang mahkota Miss Universe yang pertama buat Malaysia, namun masih gagal memenangi hati juri biarpun Deborah telah mempamerkan aksi yang sungguh cemerlang.

Mampukah Jane Teoh memecah benteng 48 tahun Malaysia untuk mendapat tempat di peringkat akhir nanti? Melihatkan persembahan Jane Teoh pada malam tadi, mungkinkah ada harapan untuk Malaysia? Sama-sama kita nantikan 17 Disember 2018. Semoga nama Malaysia bakal berkumandang di peringkat akhir nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!