73324

MAYDAN Rahsia Kecantikan Masa Kini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jenama rangkaian produk kecantikan dan kesihatan terbaru di pasaran, MAYDAN telah melancarkan tiga produk asas penjagaan diri yang merangkumi perawatan dalaman dan luaran untuk gaya hidup masakini.

Dua produk dari rangkaian penjagaan rambut ialah Syampu dan Pelembap Rambut Strawberry Smoothies dan makanan nutrisi tambahan berbentuk tablet Q-Tab, serta produk penjagaan wajah, Lock It Hydrating Serum.

Majlis pelancaran tersebut turut memperkenalkan duta jenama MAYDAN, Elfira Loy, Fattah Amin & Nur Fazura, tiga bakat besar di dalam industri hiburan tempatan yang turut menjadi inspirasi kepada peminat mereka.

screen-shot-2017-09-19-at-1-37-33-pm

Menurut Tuan Haji Hamdan, pengasas jenama MAYDAN, pihaknya menyedari akan kehendak pengguna masa kini yang arif memilih untuk menggunakan produk bebas kimia, ini menjadi pencetus idea untuk MAYDAN mengeluarkan produk berasaskan sumber semulajadi yang selamat digunakan.

Setiap rangkaian produk MAYDAN dihasilkan menggunakan bahan dari sumber alam semulajadi seperti strawberi,acai beri, delima, timun, aloe vera serta pati minyak buah kelapa dan zaitun. Ramuan ini dipilih sebagai bahan utama dalam formulasi produk yang dirumus khas dengan teknologi sains kesihatan dan kecantikan.

maydan-3-products

Syampu dan Pelembap Rambut Strawberry Smoothies memberikan penyelesaian untuk masalah rambut bercabang, gugur, kering, nipis, kusut dan berkelemumur akibat terdedah kepada sinaran matahari dan penggunaan pelbagai produk penggayaan rambut yang mengandungi bahan kimia. Manfaat pati minyak kelapa membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan membuatkan rambut tampak bersinar dan membaiki kelembapan kulit kepala di mana kekeringan akan menyebabkan masalah kelemumur. Minyak pohon teh pula menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dari akar.

 

screen-shot-2017-09-19-at-1-46-06-pm

 

screen-shot-2017-09-19-at-1-50-48-pm

Selain merawat rambut dari luar, MAYDAN juga mengeluarkan makanan nutrisi tambahan, Q-Tab yang bertindak merawat rambut dari dalam. Pemakanan tambahan yang bertindak lebih efektif dalam menyalurkan protein yang diperlukan untuk mahkota yang sihat dan kuat terus kedalam tubuh badan.

maydan-q-tab

Q-Tab berperisa strawberi ini diperkaya dengan khasiat gabungan buah-buahan seperti acai beri, ekstrak benih anggur dan delima. Acai beri menguatkan akar rambut, ekstrak benih anggur berfungsi sebagai ejen penggalak pertumbuhan rambut manakala ekstrak delima memberi manfaat mengurangkan keguguran rambut. Pati minyak zaitun untuk merawat kelemumur juga dirumus bersama di dalam tablet yang mudah dimakan ini.

screen-shot-2017-09-19-at-1-42-53-pm

 

screen-shot-2017-09-19-at-1-51-39-pm

Selain merawat rambut dari dalam , Q-Tab juga mengandungi N-Acetyl Cystein Collagen yang merupakan sumber protein yang bukan sahaja bagus untuk rambut, tetapi juga bertindak dalam masa yang sama untuk merawat kuku dan kulit.

maydan-lock-it-hydrating-serumBagi rangkaian penjagaan wajah pula, Formula Lock It Hydrating Serum dirumus khas dari bahan- bahan alami seperti aloe vera dan timun diadun bersama teknologi sains kecantikan menghasilkan satu formula khas untuk merawat wajah setiap hari. Aloe vera telah terbukti secara klinikal berkesan untuk memberikan kelembapan tambahan kepada kulit wajah fungsi timun untuk merawat sel-sel kulit mati, menghilangkan kesan jerawat juga kesan garis halus.

screen-shot-2017-09-19-at-1-48-40-pm

 

screen-shot-2017-09-19-at-1-52-34-pm

Lock It Hydrating Serum ini juga diperkaya dengan asid hyaluronic yang terkenal didalam teknologi kecantikan dengan kepelbagaian manfaat dalam merawat kesan penuaan.

Rangkaian produk penjagaan diri MAYDAN ditawarkan pada harga yang berpatutan, Syampu dan Pelembut Rambut Strawberry Smoothies 250ml, RM 40.00 (setiap satu), makanan nutrisi tambahan Q-Tab berharga RM100.00 untuk sebotol (60 biji tablet). Lock It Hydrating Serum boleh didapati dengan harga RM80.00 sekotak (5 botol ampoule bersaiz 4ml).

Ketiga-tiga selebriti ini akan terlibat dalam rangka promosi “MAYDAN.. Dan Dan Menjadi” yang akan menjelajah bandar-bandar besar di seluruh Malaysia juga ke negara jiran iaitu Singapura dan Brunei bermula September 2017 ini.

screen-shot-2017-09-19-at-1-54-17-pmRangkaian produk MAYDAN boleh didapati secara eksklusif dari senarai pengedar yang sah MAYDAN. Pihak MAYDAN juga sedang dalam usaha mencari stokis dan pengedar untuk memasarkan rangkaian produk MAYDAN. Kepada yang berminat boleh menghubungi MAYDAN KL di talian 016-241 4526. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan aktiviti jenama MAYDAN sila layari www.maydankl.my, dan ikuti akaun media sosial rasmi MAYDAN di Instagram www.instagram.com/maydan.official dan Facebook MAYDAN di www.facebook.com/maydan.official

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!