73303

Mengenali Palembang dengan Aston Palembang Hotel and Conference Centre - Suria FM - Segalanya Hiburan

001

Pemikiran sesetengah orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan.

Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel paling dikenali di Palembang yang mempunyai ciri uniknya tersendiri iaitu Aston Palembang Hotel and Conference Centre. Hotel ini merupakan satu lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Palembang untuk tujuan kerja dan perniagaan.

Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik kerana jaraknya tidak terlalu jauh dari pusat kota dengan menaiki kenderaan. Lebih menarik lagi, kawasan membeli-belah dan beraneka tempat makan juga tidak jauh dari sini.

deluxe-king

Menampilkan 163 buah bilik yang serba moden dan ruangan khas untuk acara-acara tertentu, kesemua bilik mempunyai sambungan internet wi-fi percuma serta kelengkapan terkini seperti televisyen berlayar leper dan macam-macam lagi.

Soal menjamu selera pula terdapat restoran Belido yang terkenal dengan aneka sajian antarabangsa serta hidangan tempatan khas.

astonpalembang_gallery_002

Namun apa yang membezakan hotel ini adalah pakej istimewa untuk penginapan hujung minggu selama tiga hari dua malam di mana pihak hotel menyediakan perkhidmatan tour atau ‘jelajah’ kota Palembang secara percuma menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak hotel.

20170728_151012

20170730_101345

Tamu yang memilih pakej penginapan tersebut akan dibawa bersiar-siar sekitar Palembang ke kawasan yang sering dikunjungi oleh para pelancong pada harga yang sangat berpatutan. Ini termasuklah melihat tempat terletaknya Al-Quran Gergasi di Gandus, Benteng Kuto Besak, tempat jualan cenderahati dan oleh-oleh seperti Kaos Nyenyes Palembang, tempat-tempat makan menarik dan juga kawasan penjualan songket Palembang yang memang dikenali seluruh Indonesia.

20170730_121049

20170730_134000

20170730_113540

20170730_114230

Hotel ini juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang, sebuah spa, gimnasium dan beberapa bilik serbaguna dan dewan besar untuk penganjuran majlis dan mesyuarat atau seminar.

editing

Jadi, sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Aston Palembang Hotel and Conference Centrel kerana ia benar-benar keselesaan yang mudah dikecapi!

Dan semestinya hotel ini memang sesuai buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di kota Palembang!

Untuk lebih banyak ulasan hotel dan destinasi percutian klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!