86027

Menginap dalam keajaiban di Wanderlust, Singapura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Walaupun Singapura ditumbuhi ratusan hotel namun hotel-hotel butik mewah semakin mendapat tempat di kota singa itu. Ini kerana hotel-hotel butik ini masih mampu menawarkan perkhidmatan setaraf hotel-hotel lima dan empat bintang antarabangsa. Dan lebih istimewa lagi, mereka sering menyediakan ciri-ciri unik di dalam bilik ataupun kemudahan lain bagi menarik minat para tamu.

Salah satu hotel unik yang dimaksudkan adalah Wanderlust yang terletak di kawasan Little India, di Singapura. Turut bernaung di bawah syarikat Unlisted Collection yang juga pemilik hotel New Majestic, Wanderlust menawarkan kelainan dari segi penginapan dan senireka kemudahan-kemudahan hotelnya.

 

wl3

Bermula sebagai sebuah sekolah pada tahun 1920, hotel ini telah dipulihara menjadi sebuah hotel butik mewah yang kaya dengan keunikan. Kala melangkah masuk sahaja ke perkarangan hotel, para tamu akan rasa seperti masuk ke dalam sebuah mimpi atau satu dunia ajaib. Dengan aneka warna-warni serta ajnas bentuk dan rupa, semuanya tampak pelik namun sangat menarik.

wl4

Yang menjadikannya lebih eksklusif adalah, hotel ini mempunyai 29 buah bilik sahaja namun setiap bilik mempunyai senireka dalaman serta tema tersendiri. Ia juga mempunyai sebuah restoran Perancis tradisional bernama Cocotte yang menawarkan menu enak bervariasi. Semestinya, senireka dalaman restorannya juga lain daripada restoran-restoran hotel yang lain.

wl2

Semua bilik Wanderlust mempunyai perkhidmatan wi-fi percuma serta kemudahan elektronik terkini. Ini diserikan lagi dengan kelengkapan mandian berjenama mewah Kiehl’s serta minuman tanpa alkohol yang percuma. Ia juga mempunyai sebuah jacuzzi untuk kegunaan para tamu yang ingin bersantai di kawasan luar.

wl5

Andai berpeluang ke Singapura dan ingin mencuba sesuatu yang berbeza namun masih mewah dan meriah, bermalamlah di Wanderlust! Ia pasti tak akan anda lupakan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!