73313

Menjamah Sajian Desa Johor di Teratak - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-00-pm-8

Tidak dinafikan bahawa kita di Malaysia sangat bertuah kerana pilihan untuk mencuba aneka jenis makanan sentiasa ada. Ribuan restoran berlumba-lumba menawarkan menu-menu mereka dengan aneka ragam masakan dan rasa.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-40-59-pm-3

Namun mencari makanan dengan rasa asli tradisional tidaklah semudah yang kita fikirkan. Hanya beberapa restoran sahaja di Malaysia yang berjaya mengetengahkan sajian tradisional dengan rasa asli seperti yang pernah disajikan di kampung-kampung Melayu dahulu kala.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-00-pm-5

Antara masakan kampung yang agak popular di Malaysia sudah tentulah lauk-pauk yang berasal dari negeri Johor. Negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia ini memang tersohor dengan makanan tradisionalnya yang kaya dengan citarasa asli penduduknya.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-00-pm

Dan kerana ingin berkongsi rasa makanan asli Johor, restoran Teratak yang terletak di Glo Damansara mempunyai rangkaian menu yang mampu mencuri perhatian pencinta makanan kampung Melayu.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-01-pm-1

Diterajui oleh Puan Nor Aini Haji Kamaruddin, Teratak merupakan cetusan ideanya sendiri yang ingin mengimbau masa kecilnya lewat resipi-resipi tradisional masakan ibunya yang pernah beliau rasai sewaktu kecil dahulu.

“Saya ingin berkongsi dengan orang lain pelbagai jenis masakan yang pernah ibu saya sediakan sewaktu saya membesar dahulu,” jelas anak kelahiran Johor ini.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-40-59-pm-2

Berbekalkan semangat tersebut, Puan Nor Aini mempertaruhkan Teratak yang menyajikan beberapa sajian pilihan rakyat Johor. Dengan senireka dalaman yang menyenangkan, restoran ini seolah-olah mengalukan setiap yang melalui perkarangan restoran.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-00-pm-2

Sinonim dengan negeri tersebut, Asam Pedas Ikan Jenahak merupakan salah satu menu khas Teratak yang mendapat sambutan baik para pelanggannya.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-00-pm-1

Ini dihebatkan lagi dengan Kambing Kuzi mereka yang resipinya diperolehi dari tahun 1966 lagi.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-00-pm-6

Untuk mengiringi lauk-pauk yang disajikan, bolehlah mencuba Nasi Serai mereka selain ulam-ulaman serta cecahan seperti belacan, tempoyak dan juga cencalok sebagai penambah selera.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-40-59-pm-8

Ada juga daging salai masak kuning serta udang goreng tepung untuk memeriahkan lagi meja makan anda.

whatsapp-image-2017-09-05-at-6-59-08-pm

Sudah tentunya, sajian negeri Johor tidak akan lengkap tanpa Laksa Johor Mak, nama khas laksa Johor di restoran Teratak kerana resipinya yang diturunkan kepada pemiliknya daripada ibunya sendiri.

Rasa Laksa Johor Mak ini memang sedap dan boleh dianggap antara yang terbaik pernah pihak Suria rasa selama ini.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-00-pm-7

Turut menyerikan santapan adalah Ikan Patin Tempoyak buat pencinta lauk khas tersebut.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-00-pm-4

Sebagai pencuci mulut pula, bolehlah merasai kemanisan Cendol mereka yang agak unik cara persembahannya. Apatah lagi gumpalan kacang merah mereka yang kelihatan lain daripada biasa.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-40-59-pm-1

Untuk menyenaraikan keseluruhan menu Teratak di sini mungkin sedikit mustahil namun apa yang kami paparkan di sini hanyalah gambaran ringkas tentang beberapa hidangannya yang memang menyelerakan.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-40-59-pm-4

Jadi kalau teringin mencuba masakan asli Johor yang lazat dan mampu membawa anda ke zaman kanak-kanak sewaktu menjamah makanan di kampung, cubalah singgah ke Teratak yang terletak di Glo Damansara. Kami yakin anda akan kembali berkali-kali.

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-40-59-pm

(Para pelanggan juga boleh mendapat tempat letak kereta secara percuma selama tiga jam sekiranya berbelanja lebih daripada RM30 dalam sebuah resit di mana-mana restoran atau kedai di Glo Damansara)

whatsapp-image-2017-09-05-at-5-41-01-pm

Untuk lebih banyak ulasan dan info perihal selera klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!