88839

Min Luna Bikin Kejutan Di KLFW 2018, Raikan Wanita Dalam Setiap ‘Rupa’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penata gaya terkenal Min Luna membuat ‘debut’ pertamanya di Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW18) dengan kejutan istimewa!

Koleksi Min Luna X Fashion Valet menghimpunkan serta meraikan wanita dari setiap sudut tidak kira rupa, bentuk tubuh atau usia.

Sesuatu yang jarang berlaku ataupun hampir tiada apabila setiap kategori wanita diberikan penghargaan untuk berjalan di atas pentas acara gah itu.

Model-model luar biasa berkenaan berjalan sambil menggayakan koleksi yang diberi nama Not Fragile by Min Luna x Fashion Valet.

Setiap helaian direka penuh dinamik, segar dan yang paling penting tidak terlalu mendedah bentuk badan. Sesuai digayakan oleh setiap golongan wanita.

Gabungan warna pop dan pastel seperti kuning mustard dan merah jambu menaikkan lagi aura muda dan ceria buat si pemakai.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Min Luna kerana berjaya memberi dimensi baru dalam pertunjukan fesyen di Malaysia.

 

kredit foto : Instagram – Pamper.My , Vivvy Yusof, kem Salleh, Fad Maula

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!