85347

Minuman Untuk Awet Muda. Simple Je! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bila usia semakin meningkat, kedutan di wajah juga akan semakin berleluasa sehingga akan mampu menyebabkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar jika anda tidak menitik beratkan penjagaan kulit wajah.

Tidak semesti anda perlu membeli produk mahal atau pun ke pusat kecantikan untuk mendapatkan kulit seperti awet muda. Buat apa nak bazir duit?

Corak pemakanan sangat penting untuk mencantikkan kulit wajah dari dalam. Sebagai contoh, buah-buahan dan sayururan segar yang bertindak sebagai bahan antioksidan.

Bukan itu sahaja, air putih juga memainkan peranan penting tau! Jangan nak malas-malas pula untuk minum air putih.

Okay kali ini SURIAfm nak kongsikan satu minuman yang boleh mengembalikan keremajaan kulit anda and mengekalkan awet muda.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 uncang teh
  • 4 sudu madu lebah
  • 1 sudu serbuk kayu manis (kalau tak dapat serbuk pun boleh pakai batang kayu manis)
  • Air putih

Cara penyediaan:

  • Campurkan kesemua bahan-bahan diatas
  • Bancuh seperti membancuh teh (Sukatan air lebih kurang 3 cawan)
  • Simpan dalam bekas
  • Amalkan minum 1/4 cawan sebanyak 3 hingga 4 kali sehari secara teratur.

SELAMAT MENCUBA!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!