91640

Miss Universe Akhirnya Melawat Malaysia Setelah 18 Tahun - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas 18 tahun tidak menerima kunjungan Miss Universe, akhirnya semalam Malaysia telah dikejutkan dengan kehadiran Miss Universe 2017 iaitu Demi Leigh Nel Peters yang hadir ke Kuala Lumpur untuk acara pelancaran produk.

Demi,23, yang merupakan ratu cantik dari Afrika Selatan telah hadir ke Kuala Lumpur untuk majlis pelancaran produk penjagaan kulit wajah jenama MUCA yang turut menjadi penaja bagi Miss Universe 2018 yang sedang berlangsung di Bangkok.

Demi Hadir Ke Pelancaran Produk Penjagaan Wajah MUCA Di Hotel Majestic Kuala Lumpur

Saya sangat gembira akhirnya dapat datang ke Malaysia. Ini adalah kali pertama saya ke Kuala Lumpur. Dan Malaysia adalah negara terakhir yang saya lawati sebagai Miss Universe 2017” , jelas Demi.

Saat ditanya apakah yang beliau suka tentang Malaysia dan apakah makanan yang telah beliau cuba katanya beliau masih belum sempat untuk meneroka dan merasai makanan Malaysia kerana baru sahaja sampai dan hanya akan berada disini selama sehari.

 

Saya masih belum cuba makanan di sini. Tetapi di Afrika Selatan saya pernah mencuba kari di sebuah restoran Malaysia. Tetapi malam ini saya akan mencuba makanan Malaysia sewaktu majlis makan malam dan akan pergi melawat beberapa tempat menarik“, ujarnya.

Demi Sempat Bergambar Di Hadapan Menara Berkembar Petronas KLCC

Demi juga memberikan kata-kata semangat kepada wakil Malaysia yang belum berpeluang tembus ke peringkat Top 15 di mana kali terakhir Malaysia berjaya adalah pada tahun 1970.

Jangan pernah putus asa. Lihat saja Afrika Selatan yang perlu menunggu sehingga 39 tahun untuk kembali memenangi gelaran Miss Universe. Yang penting usaha dan sokongan daripada rakyat Malaysia“, tuturnya sambil tersenyum.

Demi Sempat Merakam Gambar Bersama Peminat-Peminatnya Di Hotel Majestic Kuala Lumpur

Demi akan kembali semula ke Bangkok untuk menyelesaikan tugasnya sebagai Miss Universe 2017 sebelum menyerahkan mahkotanya kepada pemenang baru yang akan berlangsung pada 17 Disember ini.

Kali terakhir Miss Universe berkunjung ke Malaysia ialah pada 23 November 2000 di mana ketika itu Ratu dari India, Lara Dutta yang memegang gelaran sebagai Miss Universe.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!