Model pakaian dalam terkenal Victoria’s Secret iaitu Elsa Hosk diberi penghargaan tahun ini untuk memakai pakaian dalam bernilai USD1 juta.

Elsa yang sudah 8 tahun begelar model untuk jenama pakaian dalam popular itu akan memperagakan ‘Fantasy Bra’ yang bernilai USD1 juta itu pada pertunjukan fesyen Victoria’s Secret 2018.

‘Fantasy Bra’ yang diberi nama ‘Dream Angels’ itu telah dihasilkan oleh Swarovski bertatahkan 2100 butir berlian yang mengambil masa selama 930 jam untuk dihasilkan.

Setiap tahun seorang daripada model Victoria’s Secret akan dipilih untuk memperagakan ‘Fantasy Bra’, namum mereka tidak tahu siapa yang akan memakainya sehinggalah tiba hari kejutan.

Antara model-model yang pernah memperagakan ‘Fantasy Bra’ ialah Tyra Banks, Gisel Bundchen, Adriana Lima, Candice Swanepoel, Alessandra Ambrosio, Heidi Klum, Miranda Kerr dan Karolina Kurkova.

Baru-baru ini jenama barang kemas mewah Mouwad telah membawa ‘Fantasy Bra’ yang dicipta mereka tahun lepas untuk pameran di Kuala Lumpur. ‘Fantasy Bra’ itu telah dipakai oleh Lais Ribiero ketika pertunjukan fesyen Victoria’s Secret 2017 yang berlangsung di Shanghai.

 

Kredit Foto : Elite Daily & Instagram Chef Wan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!