94579

Mydin 62 Tahun: Utuh Bersama Malaysia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Terkenal dengan slogan “Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!”, entiti dan nama Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) yang merupakan syarikat pemborong dan peruncit terus kekal utuh dan unggul di negara ini. MYDIN yang mula bertapak di Kota Bahru, Kelantan ini diasaskan oleh Allahyarham Tuan Mydin Mohamed Ghulam Husien pada 1957 bersamaan tahun kemerdekaan kini kekal relevan dan berdaya saing seiring dengan syarikat-syarikat pemborong dan peruncit antarabangsa yang lain.

Memilih tema MYDIN 62 Tahun: Utuh Bersama Malaysia sebagai simbolik sambutan ulang tahun dengan sambutan bulan kebangsaan negara tercinta pada tahun ini. MYDIN yang baharu meluaskan cawangan pertamanya di Sabah pada 23 Ogos lalu kini mempunyai 74 cawangan pasar raya. Dengan konsep perniagaan berteraskan produk halal yang dimiliki anak tempatan, MYDIN kini mempunyai 26 cawangan pasar raya besar, 17 Emporium , 3 Bazar, 8 Supermarket, 12 MyMart, 5 MYDIN Mart dan 3 cawangan kedai premium Sam’s Groceria.

Sambutan Ulang Tahun MYDIN ke 62 yang dianjurkan ini sebagai komitmen kami dalam menghargai sokongan rakan-rakan penaja sambutan, rakan-rakan pembekal strategik dan usahawan-usahawan tempatan terutamanya Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) serta pelanggan. Melalui sambutan ini pelbagai aktiviti dan promosi menarik dirangka bagi menzahirkan penghargaan kami kepada pelanggan dan masyarakat yang kekal memberi sokongan dan menjadikan MYDIN sebagai pilihan utama untuk membeli belah.

Dalam pada itu, MYDIN turut melancarkan video Merdeka pertamanya. Cerita yang berkisahkan cara sambutan kemerdekaan yang mungkin berbeza pada setiap orang namun rasa cinta dan patriotisme terhadap negara tetap sama. Kisah ini diharap dapat memberi perspektif berbeza pada pengisian sambutan kemerdekaan seseorang.

Pelbagai promosi dan aktiviti menarik akan diadakan sepanjang 46 hari sambutan bermula 29 Ogos sehingga 13 Oktober 2019.Kami akan menjalankan promosi harga barangan rendah yang akan melibatkan lebih 62 jenis barangan. Manakala Pelanggan warga emas yang berusia 62 tahun pada tahun ini akan menerima baucar MYDIN RM5.00 secara percuma. Pelanggan yang memiliki kad keahlian Meriah juga boleh menukar 1 mata ganjaran MYDIN kepada 1 mata ganjaran Air Asia Big Point dan berpeluang menebus mata ganjaran kepada tiket penerbangan. Pelbagai lagi aktiviti dan peraduan turut dirangka bersama rakan penaja dan pembekal bagi menambah tarikan sepanjang sambutan ini.

Berkeyakinan mengukuhkan segmen digital, MYDIN turut bekerjasama dengan rakan kongsi eksklusif dalam taliannya, Shopee dalam usaha berterusan untuk menawarkan penjimatan yang lebih besar kepada pelanggannya, MYDIN akan mengadakan Super Brand Day dari 23 September hingga 29 September.

MYDIN kekal positif dan optimis menjadi pasar raya pilihan ramai dan menghargai sokongan berterusan yang diterima terutamanya rakan penaja Platinum, Mamee dan PayNet serta penaja-penaja yang lain. Kami juga berharap pemain industri tempatan juga harus bijak memainkan peranan dalam menggerakkan dan merancakkan industri domestik ini selari dengan agenda kerajaan yang memperkenal Dasar Keusahawanan Negara dalam membina ekosistem dan melahirkan lebih ramai usahawan berjaya menjelang tahun 2030.

Kredit gambar: Instagram Mydin Malaysia 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!