73238

Nafas Baru Pakaian Aidilfitri Lelaki oleh Anuar Faizal - Suria FM - Segalanya Hiburan

af_2

Mewujudkan sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional, Anuar Faizal memberanikan diri untuk menggubah dan mengolah ciri ciri yang ada pada pakaian tradisional. Ini telah menciptakan kontroversi daripada orang ramai yang merasakan bahawa Anuar Faizal terlalu berfesyen dan tidak sensitif terhadap konsep Baju Melayu tradisional.

af_4

Reaksi tindak balas yang terhasil telah memacukan publisiti buat jenama Anuar Fazial sebagai pereka “kontroversi”. Pendekatan jenama Anuar Faizal dan strategi pemasaran yang langsung dan berkesan bermula dari saat digelar “kontroversi”. Nama beliau menjadi bualan di kalangan selebriti tempatan, menjadikan dirinya sebagai pereka busana peribadi dan juga sebagai pereka pilihan bagi bakal raja sehari; dengan memberi fokus khas kepada rekaan yang mewah, glamor dan elegan.

_mg_1218
Pameran Seni dan Persembahan Fesyen ini dinaung oleh Galeri Seni Universiti Malaya dan amat diberi rangsangan daripada kurator galeri iaitu Puan Hazlin Anita yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan yang padu buat Anuar Faizal untuk mempamerkan hasil kerja yang terbaik buat semua yang hadir.

_mg_1378

Sebagai pereka fesyen yang pertama di Malaysia untuk mengadakan Pameran Seni & Fesyen selama sebulan di lokasi berprestij Universiti Malaya, Anuar Faizal sekali lagi menjenamakan dirinya berbeza daripada pereka fesyen yang lain dan bersedia untuk menakluk industri fesyen di Malaysia.

_mg_1371

AF by Anuar Faizal  adalah koleksi Aidilfitri lelaki oleh Anuar Faizal yang dijadualkan untuk pasaran Mei 2017. Koleksi eksklusif ini terdiri daripada kurta dan seluar muatan slim yang boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin instant; ciptaan asli oleh Anuar Faizal semenjak tahun 2014 dan juga jubah pendek, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

_mg_1382
Fabrik untuk koleksi ini adalah diimport dan dilabel sebagai “Air-Flex”. Bahannya lebih banyak ruang udara, sesuai untuk cuaca panas dan lembap di negara kita, fleksibel, satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu saiz dan suaipadan serta mempunyai kedutan yang minimal; sesuai untuk lelaki moden yang sentiasa sibuk di mana sahaja.

_mg_1238
Kemas dan minimum adalah unsur-unsur rekabentuk utama untuk koleksi 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih disediakan oleh AF untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden.
Koleksi ini boleh didapati secara atas talian di semua laman media sosial @anuarfaizalofficial

_mg_1241

Anuar Faizal juga merasa amat bertuah kerana telah diberi sokongan oleh kerajaan Kemboja untuk penggambaran fesyen koleksi ini. Lazimnya, penggambaran fesyen adalah dilarang di kawasan kuil Angkor Wat. Untuk ini, Anuar Faizal merasa amat terharu dan berterima kasih atas peluang yang diberi.

af_5

Penggambaran ini menampilkan 3 pelakon muda Malaysia yang berbakat besar. Mereka adalah Ariff Aziz, Nafiez Zaidi dan Qayyum Aminullah. Mereka dipilih atas pelbagai faktor namun faktor yang utama adalah pencapaian mereka dalam industri ini dalam tempoh yang sangat singkat. Di samping itu juga, wajah komersil mereka mewakili pelbagai aspek budaya dan bangsa tempatan dan boleh menonjol kepada demografi yang lebih luas. Tambahan pula, untuk membuktikan bahawa pakaian mereka adalah fleksibel, ketiga-tiga mereka memakai saiz M sewaktu pengambaran kempen fesyen tersebut.

_mg_1228

Anuar Faizal berharap usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutama untuk pakaian lelaki yang moden untuk musim perayaan.

_mg_1288

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!