73134

Nak Make Up Tapi Tak Tahu Cara Yang Betul Sampai Kulit Muka Berjerawat? Eeeee! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Korang pernah tak terfikir yang make up korang tu nampak macam kusam je? Atau macam tak sekata? Atau make up buat kulit korang jadi kering? Mesti korang pernah rasa macam ni? Ada je yang tak puas hati.

Haa kalau korang nak tahu, sebelum make up tu macam biasa lah mesti ada kaedah penting yang korang kena apply supaya kulit muka korang terhindar dari kotoran sehingga boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam atau yang seangkatannya. Bukan tu je tau, make up korang pun akan nampak cantik je sepanjang hari. Wahh!  

Jom kita usha antara kaedah yang korang kena ambik tahu sebelum make up:

  1. Cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.
  2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher lepas tu basuh dengan air suam. 
  3. Sapukan serum ke kulit muka korang sebelum korang apply pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub sebab lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
  4. Pastikan korang menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh membuatkan kulit muka korang lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF tau! Impak titip pelembap pada kulit muka sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan supaya serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
  5. Sebelum korang start make up, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utamanya. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.

Sumber : wanista

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!