73244

Nasi Dulang Sempena Ramadan di Melur & Thyme - Suria FM - Segalanya Hiburan

melut-and-thyme-ramadhan-2017-nasi-dulang

Salah sebuah restoran popular di Lembah Kelang, Melur & Thyme sama-sama menyambut kemeriahan bulan Ramadan dengan memperkenalkan dua menu set Nasi Dulang mereka bermula 27 Mei sehingga 24 Jun.

Restoran yang mula-mula membuka cawangan pertama mereka di Suria KLCC ini memang terkenal dengan sajian hebat yang menggabungkan unsur masakan tempatan dengan sajian barat. Kini, untuk menu set Nasi Dulang sempena bulan puasa, mereka menawarkan dua pilihan yang disertai dengan kurma, aneka kuih serta minuman dan juga pencuci mulut yang terdiri daripada Puding Roti dan Mentega serta Krim Karamel.

Set A menampilkan lauk-pauk tradisional seperti Ketam Masak Lemak Cili Padi, Terung Masak Sambal, Telur Masin, Pajeri Nenas, Ayam Goreng Berempah, Daging Bakar dengan Air Asam serta nasi putih. Set B pula menawarkan Sambal Udang Masak Petai, Terung Goreng Berlada, Ayam Masak Cili Hijau, Pucuk Paku dengan Keledek, Daging Dendeng dan juga nasi putih.

Jadi kalau anda mengidamkan sajian nasi dulang ini singgahlah di salah satu cawangan Melur & Thyme sama ada di Suria KLCC, Nu Sentral, Pavilion KL atau Gleneagles Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadan!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!