85998

Nasihat Untuk Pasangan Yang Ada Masalah 'KOMITMEN' - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tipulah kalau dalam bercinta, kita semua akan sentiasa bahagiakan? Kadang-kadang mesti akan timbul masalah komitmen dekat salah seorang daripada anda. Haa baik mengaku!  

Jom kita tengok antara nasihat untuk pasangan yang fobia dengan komitmen atau lebih jelas dipanggil dengan panggilan ‘Gamophobia’.

  • Berhenti Jadi Risau & Takut Untuk Dilukai

Ramai di antara kita yang lebih gemar mencari jalan pintas iaitu lari dari masalah. Sebab? TAKUT TERLUKA. Kenapa? Sebab anda terlalu sayangkan pasangan anda sehingga mereka mempunyai kuasa untuk menyakiti hati anda sewenang-wenangnya. Jika itu persepsi anda, anda sebenarnya sedang membunuh keyakinan diri sendiri.

Mustahil untuk meneruskan hubungan jika sedikit pun hati anda tidak akan terluka kerana perbuatan atau perangainya. Sebab itu jika anda melihat dua situasi pergaduhan pasangan yang berbeza, 

Walau apa pun terjadi, kekallah setia bersama pasangan dan cuba untuk memperbaiki masalah yang dihadapi. Walau perit mana pun pasangan menyakiti anda tetapi anda dan si dia memilih untuk tetap kekal bersama, anda masih ada harapan. 

  • Belajar Untuk Tanam Kepercayaan Pada Pasangan

Hargailah pasangan. Jika mereka sememangnya seorang insan yang nerd dan baik hati. Tanamlah kepercayaan bahawa mereka tidak akan mengecewakan anda mahupun menduakan anda. Janganlah pula anda ragu-ragukan mereka. 

  • Buang Rasa Bosan

Manusia memang cepat rasa bosan, tidak kiralah lelaki atau wanita, bila dah bosan tu mesti terdetik hendak cari yang lain kan? Elaklah dari meruntuhkan masjid bagi yang dah berkahwin, bagi yang belum berkahwin dan masih berada dalam proses mengenali hati budi tu, cuba ingat kembali detik-detik indah anda bersama. Sudah bersusah-payah anda mendapatkannya dan kini hanya kerana si dia tidak dapat meluangkan masa bersama dengan anda setiap hari sudah mampu menjadikan anda bosan? Cuba merendahkan diri untuk pujuk pasangan, buang ego dan tunjukan lebih rasa cinta. 

  • Berbicara Secara Terbuka

Jangan pendam lama-lama nanti jadi naga. Ha, sebelum jadi naga, eloklah anda dan pasangan mengutarakan rasa hati masing-masing yang dah terbuku tu. Bincang dulu. Bukan terus-terusan nak minta break dan sebagainya. Cuba paksa diri untuk jujur dan berterus-terang pada pasangan okay. Suka cakap suka, tak suka cakap je tak suka. Chill lah! 

  • Cari Pasangan Yang Boleh Tunjuk Contoh Baik

Mana ada orang yang sempurna dalam dunia ni. Sejahat mana pun manusia itu, pasti ada sekelumit perasaan ihsan dalam diri. Cuba ubah persepsi diri. Kelilingi diri dengan positiviti, elakkan negativiti.

Jika anda mempunyai pasangan yang memahami, yang sering mendorong anda ke arah kebaikan, yang selalu ada dengan anda bila anda memerlukan, ia secara tidak langsung dapat melahirkan komitmen yang bersifat sempurna walaupun anda tak sempurna.

  • ‘Move On’ Dari Memori Lama

Takut untuk memberi komitmen kerana anda pernah dikecewakan sebelum ini? ITU DULU! Yang sudah itu, biarkanlah ia berlalu. Janganlah pula anda ikut untuk mereput bersama dengan kenangan lama anda sewaktu bersama bekas pasangan yang dulu. 

Satu-satunya cara bagaimana anda boleh memberanikan diri untuk keluar dari kepompong kekecewaan itu adalah dengan meninggalkan memori lama di belakang. Jika anda mempunyai masalah dengannya, selesaikan secara waras dan bukannya mengaitkan dia dengan kisah lampau anda. 

  • ‘Single Best’, Yeke Ni? 

Jangan sesekali berlagak kata anda mampu hidup sendirian. Sampai bila anda mampu jadi single? Memanglah sekarang anda mengagung-agungkan kehidupan bujang anda yang tidak seberapa itu, tetapi sejauh mana yang anda boleh pergi?

Ambil masa untuk fikir dan susun semula aturan hidup. Jika si dia sudah cukup baik, kenapa perlu lari? Jika si dia sudah bersedia untuk menjadikan anda seorang isteri? Kenapa masih ada perasaan ragu di hati? 

Tak susah pun untuk menjadi serius di dalam hubungan kan? Jika anda memberi yang seeloknya kepada pasangan, anda juga akan dapat melihat kesungguhan si dia. 

 

Sumber : Wanista

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!