88963

Neelofa ‘The Showstopper’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bahang Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW) masih lagi terasa hangatnya sehingga ke hari ini.

Bukan sahaja para pereka fesyen tempatan berlumba mempamerkan setiap koleksi terbaru mereka, tetapi gaya selebriti yang hadir juga menjadi tumpuan banyak mata dan lensa kamera.

Antara gaya selebriti yang paling mejadi bualan tentunya si Suri Teladan Malaysia siapa lagi kalau bukan Noor Neelofa Mohd Noor.

Langkah pertamanya di pentas KLFW juga sudah menjadi bualan seluruh Malaysia tatkala muncul berjalan di atas pentas memperagakan persalinan dari rumah fesyen antarabangsa Max Mara. Gaya berani Neelofa itu mendapat pelbagai komen dari netizen. Kata apa sahaja kepadanya tetapi anda tidak boleh menafikan Neelofa merupakan ‘showstopper’ pada malam itu!

Seterusnya Neelofa menjadi antara tetamu ‘VIP’ untuk pereka fesyen duo Fizi Woo yang juga merupakan teman baiknya. Hadir memakai persalinan berwarna warni hasil rekaan Dior sambil menjinjing tas tangan Dior Saddle, kehadiran Neelofa sekali lagi mencuri tumpuan setiap lensa.

Neelofa muncul di hari terakhir KLFW untuk pertunjukan Jovian Mandagie dengan memakai persalinan sut merah menyala daripada rumah fesyen mewah terkenal Gucci. Dipadankan dengan turban dan tas tangan dari jenama yang sama. Melangkah sahaja masuk ke dalam ruang acara, setiap pergerakannya menjadi tumpuan hadirin serta lensa kamera.

Hadir ke dua pertunjukan pada hari yang sama, kali ini untuk pertunjukan Innai Red, Neelofa tidak menukar persalinannya, tetapi mengambil langkah bijak dengan menambah aksesori cermin mata gelap daripada Gucci yang memberikan ‘statement’ kepada keseluruhan gayanya pada malam itu. Bibir juga dioles dengan gincu berona gelap.  So fierce!

Sama ada suka atau tidak, Neelofa telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu di KLFW 2018.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!